“Mama Cakap Jangan Susah-Susah” – Bella Astillah Hadiahkan Set Barang Kemas Sempena Hari Jadi Ibu

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menghadiahkan set barang kemas sempena hari lah1r ibunya baru-baru ini.

Kongsi Bella, ibunya yang bersederhana pada mulanya enggan diraikan sehingga bermewah-mewah.

“Alhamdulillah dapat celebrate hari ini. Mama cakap “Janganlah susah-susah nak buat semua ni, dekorasi lagi, umur mama dah berapa, seganlah, nak tempah kek apa semua”.

“Ma, this is my answer; tak susah pun nak dibandingkan dengan peng0rbanan mama membesarkan Kak Long dan adik-adik.

“And mama cakap lagi, janganlah bazir duit kenapa beli hadiah?” kongsi Bella.

Menghargai jasa dan peng0rbanan ibunya, Bella turut melihat keringat ibunya dalam membesarkan adik-beradiknya yang lain.

“Mama lah1rkan Kak Long, jaga, didik, kasi sekolah pun mama sendiri ndak pernah kasitau atau minta duit pun tak kira apapun keadaan/situasi mama.

“Selalu pastikan nak bagi yang terbaik. Pastikan pergi sekolah hari-hari. 

“Sekolah pagi, sekolah agama, mengaji, tuisyen malam sampai kak long dapat diploma. 

“Alhamdulillah semua atas bantuan sokongan dan dorongan mama Ayah. Kak Long sendiri sebagai anak sulung nampak peng0rbanan mama. 

“Mama sangat rajin dan kuat. Sangat. Sekarang Kak Long nak cuba balas sikit-sikit walaupun tak tertanding, Kak Long cuba bahagiakan mama dan ayah selagi Kak Long hidup InshaAllah,” tambahnya yang sudah merancang lebih seminggu untuk majlis hari jadi ibunya itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Mama Cakap Jangan Susah-Susah” – Bella Astillah Hadiahkan Set Barang Kemas Sempena Hari Jadi Ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*