“Muka Dah Kembang Pun Tetap Cantik” – HamiI Tujuh Bulan, Berserinya Wajah Nurida Suraya!

Model yang juga isteri kepada pereka fesyen terkenal Rizman Nordin, Nurida Suraya tampil berseri dengan kandungannya yang sudah mencecah tujuh bulan. 

Menerusi laman sosial Instagram, Nurida, 31, berkongsi foto terkininya bersama suami menyambut Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang.

“In my beautiful and comfy kaftan by suami,” tulis Nurida ringkas sebagai kapsyen. 

Menerusi perkongsian tersebut, Nurida yang hamil anak perempuan anggun mengenakan kaftan berwarna ungu lembut dengan perincian renda dan ditatarias solekan ringkas serta rambut melepasi bahu. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji penampilan ibu hamil ini yang sentiasa tampak cantik dan bergaya. 

“Bestnya cantik! Suami pulak pereka fesyen,” kata seorang wargamaya. 

“Haihh mommy to be ni so cantikkk, tak jemu tengok,” puji seorang wargamaya.

“Model dan kaftan dua-dua cantik,” komen seorang wargamaya.

“Seri ibu hamil. Cantik macam selalu,” tulis seorang wargamaya.

“Muka dah kembang pun tetap cantik,” puji seorang wargamaya.

“Baju cantik, orangnya cantik, masya-Allah,” ujar seorang wargamaya lagi. 

Sekadar info, Rizman, 36, dan Nurida berkahwin pada 13 September tahun lalu di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Muka Dah Kembang Pun Tetap Cantik” – HamiI Tujuh Bulan, Berserinya Wajah Nurida Suraya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*