Nourul Wahab Ditengk1ng Anggota KeseIamatan KLIA – “Saya Tak Pernah Jumpa Orang Kvrang Ajar Seperti Itu”

PENYANYI Nourul Wahab meluahkan rasa kecew4 selepas melalui pengalaman yang tidak menyenangkan apabila dilayan dengan kas4r oleh seorang angg0ta keseIamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kata Nourul, dia faham mengenai prosedur operasi standard (SOP) baharu yang ditetapkan namun berharap agar angg0ta berkenaan lebih berbudi bahasa ketika menjalankan tugas.

“Angg0ta itu tinggikan svara pada saya. Dia cakap dua orang sahaja yang boleh masuk ke dalam.

“Saya kata okey, tetapi ibu bapa mertua saya tak boleh berbahasa Inggeris dan Melayu… tapi dia masih menjawab dengan nada yang tinggi,” ujarnya.

Video yang dikongsi Nourul di Instagram berikutan situasi yang dihadapi ketika di KLIA.

Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 41, berkongsi pengalamannya itu menerusi beberapa posting di Instagram.

Tambah Nourul, dia belum pernah berhadapan dengan situasi seperti itu membabitkan penjawat awam.

“Bahasa sesungguhnya jiwa bangsa. Terutamanya yang bertugas demi negara, saya marah betul kalau orang tak tahu sopan.

“Tak kira awak ada kuasa atau tidak, jangan kurang ajar dengan orang lain.

Semalam saya jadi terkedu sebab belum sempat buka mulut dah kena tengk1ng

NOURUL WAHAB

PENYANYI

“Manusia ni dinilai daripada kesopanan kita, tak kira apa-apa jawatan dan pekerjaan pun.

“Selama ini saya tak pernah jumpa anggota keselamatan yang kvrang ajar seperti itu,” katanya.

Sementara itu Nourul turut memuat naik posting bersama petugas keselamatan di KLIA yang cuba menjelaskan mengenai salah faham berkenaan.

“Tak semua mereka begitu (kasar). Faham mereka juga manusia, bertugas demi negara… demi kita semua. Saya cukup respect semua anggota beruniform.

“Semalam saya jadi terkedu sebab belum sempat buka mulut dah kena tengk1ng. Tak apa saya faham, undang-undang kena ikut,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Nourul Wahab Ditengk1ng Anggota KeseIamatan KLIA – “Saya Tak Pernah Jumpa Orang Kvrang Ajar Seperti Itu”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*