“Sampai Bila Saya Hendak ‘Pakai Buang’ Dalam Kewajipan…,” – Alhamdulillah, Fathia Latiff Kini Bertudung Semula

Pelakon dan penyanyi, Fathia Latiff kini kembali bertudung selepas mencetvskan kontr0versi apabila menanggaIkan hijab tahun lalu.

Bintang cantik ini difahamkan kembali mengenakan tudung sebelum Ramadan tahun ini.

Menerusi Berita Harian, pemilik nama lengkap, Nur Fathia Abdul Latiff, bagaimanapun reda jika ada pihak skept1kal dengan tindakannya berhijab semula.

“Pada akhirnya, saya kena balik kepada pegangan agama dan kepercayaan. Saya tiada alasan kenapa kembali bertudung.

“Saya manusia biasa yang tidak lepas melakukan kh1laf demi kh1laf. Sekarang, saya dalam fasa membetulkan diri… Bukan mudah hendak istiqamah.

“Saya pernah hanyvt, terleka dan lalai hingga jatvh terdvduk saat buat keputusan membuka tudung.

“Saya tanggung semuanya kerana silap sendiri. Saya bukan masih muda lagi. Dahulu saya tidak matang.

“Sekali lagi, saya harap diberi peluang dan ruang untuk memperbaiki diri dan berubah,” katanya seperti yang dipetik.

Dia pada masa sama juga perlu menetapkan pendirian, kerana itulah yang dituntut.

“Benar, saya manusia biasa. Namun, itu bukan alasan untuk saya buat silap dan kembali sedar. Seterusnya, buat lagi hal sama. Hidup ini bukan panjang lagi.

“Saya akui tew4s ketika diuji. Ada fasa dalam hidup termasuk hal peribadi dan kebod0han akhirnya menjer4t diri.

“Saya member0ntak tidak kena gaya. Natijahnya, hanya saya tahu. Saya lupa diri ini bukan orang biasa, sebaliknya insan dikenali yang diperhati setiap tindak tanduk.

“Sampai bila saya hendak ‘pakai buang’ dalam kewajipan bertudung. Mahu atau tidak, saya kena tetap pendirian. Soal bertudung, saya kena pakai kerana itulah tuntutan wanita Islam,” jelasnya.

Selain itu, Fathia teringat pesanan ibu mengenai pemakaian hijab bukan suatu ikutan.

“Hijab adalah mahkota yang menutup aurat wanita Muslim. Malah, ketika ini, jika tidak bertudung, kita umpama ketinggalan,” katanya lagi.

Sedikit mengenai perkembangan kerjaya seninya pula, Fathia akui masih merindui bidang lakonan.

“Ada peminat yang bertanya bila saya mahu berlakon lagi?

“Kalau ada kesempatan dan peluang berlakon, saya mahu tebvs semula,” katanya yang turut memadam foto lamanya yang tidak bertudung di media sosial.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Sampai Bila Saya Hendak ‘Pakai Buang’ Dalam Kewajipan…,” – Alhamdulillah, Fathia Latiff Kini Bertudung Semula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*