Umum PC harian terakhir… Pak Long Mail ingatkan rakyat jadi poIis jaga diri, keluarga – “Tak ada lagi baju batik warna warni asas kuih, minuman”

SELEPAS bersiaran secara langsung selama tiga bulan, sidang media Menteri Kanan (Keselamatan) tidak lagi akan dijadikan rutin harian bermula esok.

Pengumuman tersebut dimaklumkan Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa sidang media harian atau press conference (PC) terakhirnya di Putrajaya, Ahad petang.

“Tanpa kita sedar masa berlalu terlalu pantas hari ini saya dah bersama anda selama tiga bulan setiap hari pukul 2 petang.

“Ingin saya maklumkan hari ini hari terakhir saya bersiaran secara langsung setiap hari dan juga pada hujung minggu.

“Mungkin lepas ni tak ada lagi la baju batik berwarna warni yang menjadi asas kuih muih dan minuman tuan-tuan dan puan-puan sekalian,” katanya.

Menurut beliau, sidang akhbarnya akan dibuat tiga kali seminggu bermula Isnin.

“Sidang akbar adakan diadakan setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja.

“Oleh itu saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat memerangi pandem1k Covid-19 terutamanya frontliners tanpa mengira rasa penat dan Ielah.

“Tidak lupa juga peng0rbanan pengamal media yang bertugas tanpa jemu dan penuh dedikasi setiap hari dalam menyampai maklumat tepat kepada rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya menjadi poIis kepada diri sendiri dan keluarga masing-masing dalam memerangi pandem1k ini.

“Pihak poIis tak lagi buat pemantauan rumah ke rumah. Jadi walaupun tak ada poIis sebab tu saya katakan untuk keselamatan diri kita jaga diri kita sendiri dan keluarga.

“Kita patut jadi frontliner jaga keluarga dan masyarakat sekitar kita. Paling penting kita mesti mengawal disiplin diri kita. Tak ada p0lis maka kita patut jadi p0lis untuk mengawal diri kita demi keseIamatan semua, ” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Umum PC harian terakhir… Pak Long Mail ingatkan rakyat jadi poIis jaga diri, keluarga – “Tak ada lagi baju batik warna warni asas kuih, minuman”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*