Kurang muncul di TV tidak bermakna kerjaya seni Naqiu hambar – “Sejak tamat GV6 saya tak rehat langsung”

DIKATAKAN tidak menyerlah selepas bergelar juara Gegar Vaganza musim keenam (GV6) tahun lalu, vokalis kumpulan Boboy iaitu Naqiu tampil menjelaskan perjalanan kariernya selepas menyertai pertandingan tersebut.

Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib, 34, berkata dia mula sibuk dengan kerja belakang tabir sebaik sahaja tamat GV6 malah langsung tidak dapat berehat mahupun bercuti.

“Sebenarnya habis daripada GV tu saya tak ada rehat pun. Hikmahnya, sebab PKP tu dapatlah saya bercuti sebulan.

“Dari hari pertama selepas tamatnya GV sehingga hari pertama pelaksanaan PKP, memang saya bekerja sahaja,” katanya kepada mStar.

Naqiu sibuk mempromosikan single terbarunya yang berjudul Sinar Kedua.

Walaupun tidak menafikan kel1batnya di kaca televisyen jarang kelihatan, Naqiu menjelaskan dia kerap berada di studio untuk merakamkan single terbaharunya serta terlibat dalam promosi single tersebut.

Tambahnya, dia juga terlibat dengan penggambaran sebuah filem di samping menyiapkan lagu untuk penyanyi Sham Visa.

“Ada orang cakap mereka tak nampak saya muncul di TV atau di radio, salah satu sebabnya ialah selepas sahaja GV tamat, saya sibuk di studio untuk rekod lagu-lagu baru saya.

“Selesai sahaja rakaman serta promosi lagu-lagu saya, saya terus masuk semula ke studio untuk siapkan lagu untuk Sham Visa sementara turut sibuk dengan penggambaran filem,” ujarnya.

Naqiu dan Hady Mirza diumum sebagai juara program Gegar Vaganza musim keenam pada tahun lalu.

GV6 juga menyaksikan penyanyi Jatt Ali di tempat ketiga, Nurfatima (keempat), One Nation Emcees (kelima) dan Sham Visa (keenam).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Kurang muncul di TV tidak bermakna kerjaya seni Naqiu hambar – “Sejak tamat GV6 saya tak rehat langsung”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*