Pak Long Mail, Pak Ngah Hisham Akan Dirindui, Tiada Lagi Sidang Media COVID-19 Setiap Hari Bermula Minggu Ini

Sejak tiga bulan lalu, sidang media COVID-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) oleh Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditunggu-tunggu segenap lapisan masyarakat negara ini.

Bagaimanapun rutin baru tersebut akan dirindui semua, lebih-lebih lagi kemunculan Dr Noor Hisham yang sentiasa tenang dan Ismail Sabri atau ‘Pak Long Mail’ bersama batik berwarna-warni.

Dr Noor Hisham pada petang Sabtu lalu berkata, sidang media oleh KKM akan dijarakkan dan tidak akan lagi menjadi urusan harian bermula hari ini.

Bagaimanapun Dr Noor Hisham memberi jaminan kementerian akan terus memberikan makluman kepada masyarakat mengenai statistik terkini v1rus tersebut.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir walaupun pada hari Sabtu. Kita tetap akan menjalankan dan memberi maklumat terkini tetapi minggu depan kita mungkin akan menjarakkan sidang akhbar ini,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri yang mengkahiri sidang medianya semalam (Ahad) mengumumkan hari tersebut menjadi hari terakhir beliau menyampaikan sidang media pada hari minggu.

“Selepas ini tidak ada lagi baju batik berwarna-warni yang menjadi asas kepada kuih muih dan minuman tuan-puan sekalian.

“Mulai minggu depan sidang media akan diadakan tiga kali seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat,” katanya.

Dalam pada itu kedua-dua wajah penting sepanjang COVID-19 ini mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia terutama petugas barisan hadapan termasuk media yang telah bekerja keras untuk memutuskan penuIaran jangk1tan Covid-19 di negara ini.

“Kepada rakyat Malaysia terima kasih diatas kerjasama seluruh rakyat masyarakat, ingin diingatkan kelonggaran di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja,” kata Ismail Sabri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Pak Long Mail, Pak Ngah Hisham Akan Dirindui, Tiada Lagi Sidang Media COVID-19 Setiap Hari Bermula Minggu Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*