Ini Zainoriah, Cikgu Hot Berkebaya Yang Fotonya 60 Tahun Lepas Kembali ViraI

“Itu gambar saya tengah tunggu bas nak ke rumah ibu saudara di Kuala Lumpur. Rasa tak percaya sebab itu peristiwa 60 tahun lepas,” kongsi guru pencen, Datin Zainoriah Abdul Rahim, 79.

MenyeIusuri semula perjalanan ketika fotonya menjinjit beg, lengkap berkebaya nyonya bersama lagi empat rakannya, cerita Zainoriah, kenangan lalu kembali mengusik jiwa.

Zainoriah ketika berusia 19 tahun, baru saja mendaftar di Maktab Perguruan Melayu Melaka bersama-sama Sapiah Termizi, Ijtima’ayah Ibrahim, Ainon Lajin dan Zaiton Jabbar.

Kemudian, momen itu di perhentian bas itu juga menarik perhatian lensa jurugambar dari akhbar tempatan yang sedang bertugas ketika itu.

“Kami dapat cuti Raja Haji dan ketika berada di perhentian bas, masing-masing sedang menunggu dijemput saudara.

“Esok paginya terpampang gambar di surat khabar Berita Harian. 

“Kami semua terkejut dan satu kolej bising, maklumlah dapat publisiti,” cerita Zainoriah kepada Gempak.

Bercerita lebih lanjut, kata Zainoriah pakaian sebegitu normal ketika awal kariernya bergelar pendidik.

“Wanita dahulu pandai jaga makan, tak ada makanan segera seperti sekarang sebab itulah boleh berfesyen dengan yakin.

“Ketika dahulu, tidak ada 1su pakaian cikgu seks1 pun dan berkebaya tak pernah mengundang cakap-cakap Iiar atau 1su sensuaI.

“Tak salah pun cikgu pakai baju kebaya ke sekolah tetapi mesti disesuaikan dengan norma semasa dan sekarang pun ramai guru yang sudah bertudung,” katanya.

Peredaran zaman mengubah lanskap pendidikan begitu juga ideologi pelajar semasa.

Jadi, kata Zainoriah guru sekarang perlu bijak untuk menyesuaikan diri dengan senario semasa ditambah pula perkembangan teknologi yang membuka pelbagai peluang kepada semua pihak.

“Itulah, sekarang wanita suka berpakaian untuk senang bergerak terutama bila ke tempat kerja,” katanya.

Diminta mengulas mengenai perkembangan semasa pembelajaran secara dalam talian, bekas pendidik dari Sekolah Rendah Jalan Selangor 2, Petaling Jaya itu punyai pandangan sendiri.

“Relevan juga kelas dalam talian ni, kalau tidak pelajar tidak ambil berat tentang kerja sekolah. 

“Macam cucu-cucu saya pun, asyik main game je… biasalah zaman digital,” tambahnya yang kini menetap di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur bersama keluarganya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Ini Zainoriah, Cikgu Hot Berkebaya Yang Fotonya 60 Tahun Lepas Kembali ViraI"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*