“Kalau Saya Nak Tunjuk & Buka 4ib Orang Lain …” – Nourul Depp Tampil Pertahankan Diri Selepas Terima Kecam4n Isu Di Lapangan Terbang

Penyanyi Nourul Depp, 43, menyatakan ramai orang yang mengalami pengalaman sama saperti dirinya dan suami, Eric Daniel Depp selepas video luahan kekecew4an terhadap seorang petugas keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikongsikan kepada umum.

Menurut Nourul, dia tidak berniat untuk membuka a1b angg0ta tersebut tetapi hanya dengan niat menegur.

“Apa yang berlaku Sabtu lepas, saya tak sangka ramai sangat rakyat Malaysia dan orang luar yang mengalami pengalaman sama macam saya. Ini bukan kali pertama berlaku terhadap saya dan suami.

“Video itu dibuat atas satu situasi di mana saya dan suami agak beremosi ketika itu dengan ibu bapa nak balik tetapi bukanlah yang negat1f cuma sedih terpaksa berpisah selepas lama duduk bersama.

“Kami faham dengan banyak sangat undang-undang yang digariskan untuk kita menjaga diri supaya wab4k Covid-19 tidak terus mereb4k.

“Kalau saya nak tunjuk dan buka a1b orang lain, saya sebut nama siapa orang tu. Tapi saya takmau sebut biar orang atasan dia uruskan, buat apa nak cakap kat umum.

“Saya rakam video dengan niat menegur. Sebagai seorang penyanyi, saya juga dalam bidang perkhidmatan jadi saya faham.

“Saya faham mereka mungkin tak ada masa berehat dan emosi pun terganggu,” katanya menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di Instagram (IG)nya.

Tegas pelantun lagu Kerana Terluka, seharusnya sikap sopan santun dan berbuat baik perlu dipraktikkan dengan semua orang bukan darjat yang menjadi ukuran. 

“Yang membezakan kita adalah sikap, kesopanan dan bagaimana kita hadapi situasi tersebut. Orang yang tak boleh ditegur ini adalah orang yang tertutup fikirannya.

“Yang silapnya pemikiran orang ramai ni adalah kesopanan tu hanya untuk orang berada, bukan untuk orang tak berada. Salah tu.

“Kita perlu bersopan dan berbuat baik dengan semua orang, bukan hanya VIP mahupun selebriti. Saya tak cakap semua anggota keselamatan tak okey, ramai yang baik,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab berpesan agar memahami terlebih dahulu mesej yang disampaikan sebelum meninggalkan komen-komen yang kes4t.

“Peminat saya yang tahu perangai saya, tahu siapa saya dan apa yang saya selalu sampaikan di media sosial.

“Yang tak suka tu tak perlu datang kalau dah tak suka, ambil tahu pun buat apa. Kalau tak faham, tak perlu komen. Fahamkan dulu,” kata Nourul.

Terdahulu, Nourul kesal dan terkejut dengan tindakan salah seorang petugas keselamatan di KLIA yang meninggikan suara terhadapnya. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Kalau Saya Nak Tunjuk & Buka 4ib Orang Lain …” – Nourul Depp Tampil Pertahankan Diri Selepas Terima Kecam4n Isu Di Lapangan Terbang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*