“Macam Mana Nak Uruskan Perniagaan Mama Kalau Mama Pergi?” – Tiada Bapa, Cik B Takut KehiIangan DSV

Usahawan muda terkenal Cik B meluahkan rasa gvsarnya apabila terbayang keadaan jika ibunya Datuk Seri Vida (DSV) sudah tiada. 
 
Menerusi laman sosial Twitter, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkongsi kegvsaran itu untuk tatapan umum. 
 
“Satu hari nanti, anda terpaksa berdepan dengan kesak1tan kehiIangan ibu. Ya Allah, panjangkanlah umur ibuku. 

“Cik B terpikir macam mana cikb nak terus kan perniagaan mama? Cik B takde ayah. Staff mama ramai camna Cik B nak urus? Produk mama banyak camna Cik B nak jual? Siapa yang akan jaga Cik B? amanah ke mereka?” tulis Cik B menerusi satu kicauan. 
 
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, ramai wargamaya yang cuba menenangkan Cik B dengan memberikan kata-kata positif. 
 
“Dalam setiap perjalanan dan rintangan ada hikmahnya. Tuhan tak uji selagi belum bersedia,” tulis seorang wargamaya.
 
“Awak terlalu muda untuk merisaukan soal kehidupan. Tapi okay je kalau kadang-kala terlintas. Buatkan awak lebih sedar dan matang. Tapi jangan biarkan fikiran negat1f menguasai awak dan buat awak putus asa. Awak gadis yang kuat, sama macam mak awak,” kata seorang wargamaya. 
 
“Cik B jaga diri baik-baik ya,” pesan seorang wargamaya.
 
“Cik B boleh cuba untuk mula dari bawah macam jadi staff DSV  dan dari situ Cik B boleh belajar dari A sampai Z, sampailah Cik B tahu semua operasi empayar DSV. Mula sebagai staff kemudian baru jadi boss,” cadang seorang wargamaya.

“Yup, hargailah selama mereka masih ada,” ujar seorang wargamaya.
 
“Sak1t kehiIangan tu biasa, boleh diubati dengan rasa reda pada takdir dan ketentuan Allah SWT. Sak1t kehidupan tanpa orang tersayang ni selamanya paling sak1t. Semoga Allah permudahkan urusan Cik B,” luah seorang wargamaya lagi. 
 
Selain Cik B, DSV turut mempunyai seorang anak lelaki Muhammad Eric Zaquan Mohd Amin, 12, yang lebih dikenali sebagai Kacak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Macam Mana Nak Uruskan Perniagaan Mama Kalau Mama Pergi?” – Tiada Bapa, Cik B Takut KehiIangan DSV"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*