“Selalu MaIukan Dia Dengan Perangai NakaI Aku,”- Tersenarai Antara 5 Yang Lunak Laungkan Azan, Sharul Kamal Buat Ibu Bapa

Penyanyi, Sharul Kamal meluahkan rasa terharu selepas namanya tersenarai antara lima selebriti yang mampu meIaungkan azan dengan baik menerusi satu artikel yang diterbitkan akhbar, Harian Metro.

Menurut Sharul, perkara tersebut pasti akan membuatkan ibunya berasa bangga meski mengakui satu ketika dahulu dia merupakan seorang anak yang nakaI.

“Weh, ni kalau ibu aku nampak ni mesti sejuk perut dia, seolah-olah perut dia ada kipas.

“Walaupun aku anak paling nakaI dari kecik sampai ke besar, selalu maIukan dia dengan perangai nakaI aku, at least ada juga lah benda yang buat dia bangga.

“Terima kasih Harian Metro,” tulisnya.

Pada masa sama, Sharul tidak mahu bermegah dengan pernghargaan ini kerana percaya semuanya adalah pinjaman daripada yang maha Esa.

“Aku lah manusia yang paling h1na dekat bumi Allah ni. Aku bukan siapa-siapa pun.

“Lah1r je aku dekat dunia ni dari ibu aku juga, sama macam yang lain.

“Mat1 aku nanti ke tanah juga, sama macam yang lain. Apa yang ada dekat aku semuanya bukan aku punya. Bukan aku punya,” katanya lagi.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas peserta Akademi Fantasia 2015 itu di laman Twitter miliknya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut meminta Sharul untuk memperbanyakkan lagi berkongsi video memperdengarkan alunan indah ayat suci Al-Quran.

Terdahulu, nama Sharul telah menjadi sebutan ramai apabila video laungan azannya ketika berkunjung di sebuah masjid di Mesir tular diseluruh platform media sosial.

Sumber: Twitter & Instagram Sharul Kamal

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Selalu MaIukan Dia Dengan Perangai NakaI Aku,”- Tersenarai Antara 5 Yang Lunak Laungkan Azan, Sharul Kamal Buat Ibu Bapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*