“Takvt Bila Ada Guruh KiIat, Hidup Macam Dalam Nerak4” – Fathia Latiff Kongsi Kisah Hijrah Kedua

Pelakon Fathia Latiff akui melalui fasa pencarian diri yang mengusvtkan sepanjang tempoh tidak berhijab tahun lepas.

Ceritanya, hidupnya tidak tenang dan adakalanya berdepan ketakvtan luar biasa terutama ketika berada di luar rumah.

“Saya trauma! Hari-hari tak tenang, rasa seperti hidup dalam ner4ka bila keluar tak pakai tudung.

“Rasa macam semua orang nak bunvh saya!

“Kadang-kadang ketakvtan itu jadi ekstr1m sampai bawa kereta laju-laju sebab nak balik rumah. Bila ada kilat guruh semua jadi tambah takvt.

“Bila cerita pada orang lain semua tak faham. Sampaikan ada masa menang1s seorang diri.

“Macam nak k1amat pun ada. Semua perasaan itu datang ketika sedar, bukan dalam mimpi pun,” ceritanya kepada Gempak.

Hinggakan pada satu masa kata pelakon Ariana Rose itu dia melutut di hadapan ibunya memohon keampunan.

“Siapa saya nak lawan takdir Allah? Memang kenalah padahnya… 

“Setiap kali balik rumah saya akan melutut depan ibu saya minta maaf. Situasi itu buatkan saya betul-betul insaf,” tambahnya.

Hijrah kedua Fathia sejak Mac lalu membuka perspektif baharu dalam hidupnya.

“Kalau boleh saya nak istiqamah kali ini, semoga Allah tetapkan iman saya dan tak bolak-balikkan hati saya.

“Sepanjang tempoh membuka semula tudung saya tertanya-tanya siapa diri saya sebenar?

“Dan pada waktu itu perlahan-lahan saya muhasabah diri, berfikir sedalam-dalamnya,” katanya yang mengikuti kem kerohanian dan jati diri selama tiga bulan sejak awal tahun lalu.

April 2019 Fathia mengejvtkan ramai apabila mengakui dirinya membuka tudung selepas berhijab pada April 2016.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Takvt Bila Ada Guruh KiIat, Hidup Macam Dalam Nerak4” – Fathia Latiff Kongsi Kisah Hijrah Kedua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*