“Boleh Makan Masakan Yang Disediakan Oleh Bukan Islam, Yang Penting…” – Ini Penjelasan PU Azman

Pendakwah Pencetus Ummah (PU) Azman menjelaskan bahawa tiada masalah bagi seseorang Muslim menikmati juadah masakan yang disediakan oleh orang bukan Islam.
 
Begitupun katanya, apa yang penting, masakan itu datangnya daripada sumber yang halal dan disediakan dengan cara yang bersih.
 
“Boleh makan makanan atau masakan yang disediakan oleh bukan Islam. Yang penting bersih sepanjang penyediaan dan masakan serta halal sumbernya.
 
“Kau buka surah al-Baqarah ayat 168. Kau hadamkan lepas main game tu. Kalau makanan yang melibatkan haiwan, hendaklah haiwan halal dan disembeIih oleh Muslim. Tak kira laki, perempuan, kecik, besar, Fizi atau Mail yang penting mumayyiz.
 
“Kalau makanan seperti sayuran atau roti, pastikan bersih. Sayur tu tak payah sembeIih,” tulisnya dalam satu entri di Instagram ketika menjawab kekeliruan yang mungkin berlaku dalam kalangan masyarakat.
 
Katanya lagi, status halal sesuatu makanan itu bukanlah dilihat daripada individu yang menyediakan masakan tersebut.

“Kayu ukurnya ialah keadaan dan cara makanan itu diperoleh, bukan siapa yang memasak.
 
“Adakah kalau Muslim masak bab1, bab1 jadi halal? Adakah kalau bukan muslim masak lembu yang disebembeIih secara syarie oleh Haji Fizi, lembu tu jadi haram. Korang hadamkan kapsyen Cik Man,” pintanya.

Bahkan, katanya lagi, ada orang bukan Islam menyediakan makanan jauh lebih bersih daripada orang Muslim.

“Kadang-kadang, penyediaan bukan Islam lebih bersih daripada yang Muslim yang segelintirnya tak menjaga kebersihan. Hidup Puan Sugu! (Sugu Pavithra, Youtuber popular masakan),” tulisnya.
 
Perkongsian PU Azman itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
 
“Terbaik jawapan jelas untuk manusia 2020, Terima kasih Cik Man.
 
“Suka dengar dan hadam penerangan ustaz. Mudah dan sempoi, terbaik ustaz, terima kasih,” komen sebahagian pengikutnya.
 
PU Azman antara pendakwah yang sering menjawab persoalan-persoalan netizen mengenai hukum agama dengan cara yang sempoi di Instagram miliknya.
  

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Boleh Makan Masakan Yang Disediakan Oleh Bukan Islam, Yang Penting…” – Ini Penjelasan PU Azman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*