Buru Ijazah PhD Kedua Di Sepanyol, Cemerlangnya Dr. Soo Wincci!

Penyanyi Dr. Soo Wincci sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah (PhD) keduanya di Sepanyol. 

Menurut Wincci, 35, dia memulakan semula pengajiannya selepas dua tahun bertapak di negara Eropah itu.

“Pengajian saya kali ini lebih berkisar kepada soal divers1ti dan in0vasi. Isu rac1sm sedang hangat diperkatakan, jadi pasukan saya sekarang terdiri daripada pelajar pelbagai negara dan bangsa.

“Saya sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkannya kerana agak ketinggalan,” ujar Wincci ketika dihubungi Gempak. 

Turut terpal1t wab4k COVID-19, Wincci yang kini berada di Kuala Lumpur tidak boleh kembali ke Sepanyol untuk urusan pengajian. 

“COVID-19 telah menjejaskan kelas-kelas saya. Saya akan kembali ke Sepanyol pada bulan Julai ini untuk menyiapkan tesis kerana terbengkalai gara-gara wab4k ini.

“Masuk semester baru nanti saya dan pasukan kena betul-betul kerja keras,” jelasnya lagi. 

Terdahulu, Wincci sudah memperolehi PhD dalam Bidang Pengurusan Perniagaan daripada Open University Malaysia (OUM) pada 2016.

Malah, Wincci mengikuti pengajian dalam bidang muzik di Berklee Music of College, Sepanyol semenjak tahun 2017.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Buru Ijazah PhD Kedua Di Sepanyol, Cemerlangnya Dr. Soo Wincci!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*