‘Terima andai Niezam jodoh’ – Nonny

KUALA LUMPUR: Tidak mudah buat pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah, 31, bangkit semula dan melupakan kisah silam yang pernah membeIenggu hidup selepas dua tahun berp1sah dengan bekas suami.

Hakikatnya, setiap manusia melalui jalan berbeza dan berdepan Iiku kehidupan. Nonny atau nama sebenarnya, Nonny Nadirah Zainuddin juga pernah bergeIut dengan kehidupan yang keIam.

Bagaimanapun, kehadiran pelakon Niezam Zaidi yang dilihat akrab dengannya bagaikan memberi sinar. Biarpun mengundang seribu persoalan, adakah mereka sedang menjalinkan hubungan istimewa atau sekadar berpaksi membintangi drama Luka Di Hati Diya bersama?

Menjawab tanda tanya, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Istikharah Cinta itu terbuka membuka isi hatinya.

“Kami bergandingan dalam telefilem Bedah Motor pada 2016. Tanpa diduga, kami sekali lagi dipertemukan menerusi drama Lvka Di Hati Diya arahan Eyra Rahman terbitan Global Station, tahun ini.

“Saya akui, kami mula berhubung semula dan bertanya perkembangan sejak tahun lalu. Niezam banyak memberikan saya galakan dan kata perangsang. Jika ikutkan selepas berp1sah dengan bekas suami, saya bertuah memiliki teman seperti Heliza Helmi dan Mila Jirin yang berdiri teguh di belakang saya.

“Kemudiannya, Niezam pula hadir. Secara kebetulan, kami banyak berkongsi suka duka termasuk kisah peribadi yang tak menyebelahi diri. Mungkin itu juga antara ruang bicara yang membuatkan kami senang rapat,” katanya kepada BH Online.

Bekas finalis program Akademi Fantasia musim kelima itu berkata, Niezam juga menggalakkannya kembali aktif di pentas seni.

“Selain keluarga dan kehendak diri, Niezam menjadi pembak4r semangat untuk saya kembali berlakon,” katanya.

Mengulas sejauh mana hubungan yang terjalin, Nonny berkata, dia dan Niezam tidak mengisytiharkan sebarang status terperinci.

“Saya suka berkawan dengan Niezam. Dia sangat baik dan menyenangkan. Lebih utama, dia faham situasi yang dialami.

“Cuma, untuk meneb4k terlalu jauh hubungan ini, saya tak mampu memberi jawapan pasti. Saya masih takut memulakan hubungan baharu.

“Saya bimbang mengadap episod hubungan sama. Jujurnya, saya bukan menaf1kan atau menyembunyikan hubungan yang terjalin. Saya selesa menyerahkan soal hati dan perasaan kepada Allah SWT.

“Saya harap segala doa yang baik untuk diri saya termasuk kekal istiqamah dan diberikan jodoh terbaik kelak,” katanya.

Nonny menjelaskan, kehadiran Niezam dalam hidupnya banyak mengubah banyak sudut dan perihal.

“Bagi saya, semua orang boleh berubah menjadi baik. Namun, untuk terus bertanggungjawab amat sukar. Bagaimanapun, saya melihat ada sisi ini pada Niezam.

“Pada saat saya memerlukan seseorang, Niezam sentiasa ada. Andai jodoh saya dengannya, saya terima. Namun, andai tiada jodoh, saya berharap kami tetap akan jadi kawan baik hingga akhir hayat.

“Bahkan, saya akan sentiasa mendoakan Niezam bertemu jodoh yang baik. Antara saya dengannya, kami ada kekurangan. Tiada siapa atas muka bumi ini sempurna. Namun, kami belajar untuk melengkapi kekurangan dan jauh sekali mencari silap,” katanya.

Nonny berkata, drama Lvka Di Hati Diya menjadi pertaruhan terbaharunya sejak menyepi dua tahun lalu.

“Pelakon, Isyariana menjadi heroin dalam drama ini. Namun, ada plot yang menyaksikan Niezam membuat keputusan berkahwin dengan saya atau Isyariana.

“Drama ini sempat menjalani penggambaran 10 hari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan di kuat kuasa. Kini, penggambaran bersambung semula,” katanya yang turut memberi sokongan kepada Niezam untuk aktiviti mencari kandungan istimewa bagi dimuatkan di laman YouTube.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber : BH

Be the first to comment on "‘Terima andai Niezam jodoh’ – Nonny"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*