Amar Baharin Akui Simpanan Semakin Berkurang Akibat PKP

Susulan pelaksanaan Printah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, ramai yang terjej4s pendapatan kerana tidak boleh keluar bekerja seperti kebiasaannya, termasuklah penggiat seni yang terpaksa menghentikan segala aktiviti seni dan penggambaran.

Pelakon Amar Baharin mengakui wang simpanannya semakin berkurangan setelah tiga bulan tidak bekerja berikutan PKP. Bagaimanapun, Amar meluahkan rasa syukur apabila kerajaan sudah memberi kebenaran untuk menjalani aktiviti seni pada 10 Jun lalu.

“Alhamdullilah.. Syukur kepada Allah kerana kami diizinkan untuk bekerja semula. Setelah tiga bulan tak bekerja, tidak dinafikan simpanan yang ada semakin berkurangan,” katanya

Amar berkata meskipun perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketika menjalani penggambaran namun dia seronok dapat menjalani penggambaran seperti biasa. Katanya, semua kru perlu memakai t0peng muka dan perlu lebih berhati-hati ketika bersolek.

Dalam pada itu, Amar memberitahu dia sentiasa akan memastikan dirinya bersih sebelum meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak selepas pulang dari bekerja.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Amar Baharin Akui Simpanan Semakin Berkurang Akibat PKP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*