Bakal timang anak kembar lagi! Dr Sheikh Muszaphar gembira, sedia teman isteri tambah berat badan – “Seperti Deja vu sekali lagi”

ANGKASAWAN negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha bakal menimang sepasang lagi anak kembar.

Berita gembira itu dikongsi oleh beliau menerusi laman Instagramnya, lewat petang Khamis.

Dr Sheikh Muszaphar berkata, isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos kini hamil 13 minggu.

“Menjangkakan kembar lagi. Alhamdulillah, syukur teramat.

“Dr Halina kini hamiI 13 minggu dengan kembar,” katanya.

Dr Sheikh Muszaphar mempunyai anak kembar lelaki, Sheikh Adam (kiri) dan Sheikh Noah (kanan). Foto instagram drsheikhmuszaphar

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, beliau berasa amat gembira dan tidak dapat mengambarkannya dengan kata-kata.

“Ia seperti Deja vu sekali lagi.

“Kami sentiasa mahukan sebuah keluarga yang besar,” tambahnya.

Beliau bagaimanapun memberitahu, hamiI anak kembar adalah beris1ko tinggi berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini.

“MuaI berganda, mvntah berganda, kembvng berganda, keinginan berganda dan pendar4han berganda seperti yang pernah dialami isteri.

“Sukar untuk melihat Dr Halina dengan kandvngan trimester pertama dan masih bekerja sebagai frontliner (petugas barisan hadapan) bagi merawat pesak1t Covid-19,” katanya.

Perkongsian Dr Sheikh Muszaphar di laman Instagram beliau.

Sehubungan itu, Dr Sheikh Muszaphar berkata, peng0rbanan isterinya sememangnya berhak disanjung.

“Satu-satu perkara yang dapat saya lakukan ialah menambah berat badan bersama dengannya, yang merupakan sebahagian daripada perjanjian. Haha,” ujarnya secara bersel0roh.

Dr Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Bakal timang anak kembar lagi! Dr Sheikh Muszaphar gembira, sedia teman isteri tambah berat badan – “Seperti Deja vu sekali lagi”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*