Neelofa Tubuh Badan Kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa Untuk Bantu Mereka Yang Memerlukan

Usahawan dan selebriti popular tanah air Neelofa telah mendirikan sebuah pertubuhan kebajikan pertamanya yang diberi nama Pertubuhan Kasih Neelofa.

Cetusan idea itu terhasil beberapa tahun yang lalu, pengusaha jenama tudung Naelofar itu melihat Pertubuhan Kasih Neelofa sebagai platform terbaik untuknya terlibat dengan masyarakat secara total.

“Sejujurnya, saya telah lama berhajat untuk membangunkan sebuah badan kebajikan demi membantu golongan yang memerlukan. Tapi, saya tidak mahu ia berjalan tanpa melibatkan saya secara keseluruhan. Saya mahu memberi fokus seratus peratus dan benar-benar mendalami masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

“Sebagai contoh, jika saya terlihat seseorang yang memerlukan bantuan di Twitter, saya akan cuba mendekati individu tersebut dan terus berhubung dengannya. Saya mahukan pendekatan seperti itu,” kata Neelofa menerusi satu kenyataan yang dihantar kepada Gempak. 

Diterajui bersama ibu, ibu saudara dan Ustaz Azam, Pertubuhan Kasih Neelofa merupakan pertubuhan peringkat kebangsaan.

Dibangunkan untuk membantu masyarakat dengan pemberian sumbangan secara konsisten serta menyeluruh, Pertubuhan Kasih Neelofa merangkumi 3 teras utama iaitu Keagamaan, Kemasyarakatan dan Bantuan Untuk Golongan Kurang Bernasib Baik.

“Teras Keagamaan meliputi apa sahaja aktiviti seperti program keilmuan dan program keagamaan. Sementara itu, untuk teras Kemasyarakatan, kami akan cuba mendekati komuniti dengan melaksanakan program-program bersama tenaga kerja Pertubuhan Kasih Neelofa dan para sukarelawan.”

“Bagi teras Bantuan Untuk Golongan Kurang Bernasib Baik pula, kami memfokuskan kepada mereka yang terpinggir dan kurang berkemampuan seperti asnaf, ibu tunggaI dan anak yat1m. Kami akan cuba mendekati golongan ini dengan lebih rapat, mendengar keluhan dan masalah mereka, dan kemudian cuba meringankan beban melalui bentuk sumbangan atau penganjuran aktiviti-aktiviti amal,” katanya.

Tambahnya lagi, dia turut menubuhkan Syarikat Kasih Neelofa Resource, iaitu sebuah entiti yang berfungsi untuk menjana pendapatan untuk menggerakkan Pertubuhan Kasih Neelofa.

“Kasih Neelofa Resources merupakan sebuah platform yang boleh dijadikan sebagai medium untuk menjual pelbagai item untuk pengguna, dan keuntungan daripada hasil semua jualan akan disalurkan sepenuhnya ke dalam tabung pertubuhan.

“Selain itu, inisiatif ini juga dapat memberi galakan kepada mereka di luar sana yang berkemampuan untuk sama-sama  menyumbang dan membantu golongan yang memerlukan,” jelasnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Neelofa Tubuh Badan Kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa Untuk Bantu Mereka Yang Memerlukan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*