“Sedap Masakan Dia” – ‘Mat Salleh’ Jual Makanan Tradisi Hungary Di Bota Perak Tarik Perhatian Netizen

Seorang ‘mat salleh’ yang menetap di sebuah pekan kecil di Perak mencuri perhatian wargamaya apabila tular di laman sosial. 

Namun, kelibat orang putih tersebut yang dikenali sebagai Adam Abdullah yang berasal dari Hungary sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat di Kampung Gajah dan Bota. 

Adam berkahwin dengan seorang wanita Islam dan kini menjalankan perniagaan menjual makanan tradisi Hungary iaitu langos untuk warga tempatan. 

Langos merupakan sejenis roti yang digoreng garing dan ditaburkan keju di atasnya sebelum dimakan. 

Manakala langos versi adam dan isterinya pula telah d1suntik elemen tempatan mengikut citarasa rakyat Malaysia. 

Antara perisa langos ciptaan Adam dan isterinya ialah  kaya yang dimasak sendiri, coklat, sambal bilis rangup, bawang putih minyak zaitun serta keju krim masam. 

Hasil tinjauan Gempak di Facebook, ramai yang menyenangi kehadiran Adam dan Langosnya. 

Malah, mereka yang telah mencuba longos Adam dan isterinya turut berkongsi keenakan makanan tersebut.

“Terbaik langos kakak dengan abang mat saleh ni. Kaya dia terbaik,” ujar seorang wargamaya.

“Pernah nampak di pekan Selasa Kampung Gajah tapi tak pernah singgah. Lepas ni boleh cuba,” komen seorang wargamaya.

“Terbaik memang sedap. Alhamdulillah,” puji seorang wargamaya.

“Dah pernah makan Langos Adam dan isterinya ni. Sedap bagi saya,” tulis seorang wargamaya lagi. 

Untuk anda yang mahu merasa Langos boleh ke rumah mereka di Jalan Teluk Intan, Kampung Telok Bakong Hulu, 32900 Lambor Kanan, Perak.

Waktu beroperasi adalah pada jam 3 petang  hingga 7 malam pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber: Viral Perak/Gempak

Be the first to comment on "“Sedap Masakan Dia” – ‘Mat Salleh’ Jual Makanan Tradisi Hungary Di Bota Perak Tarik Perhatian Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*