Komen Isu Bayaran RM10,000, Ini Penjelasan Chef Wan Kata Sugu Pavithra

Kata Chef  Wan, sekiranya Sugu Pavithra membuat keputusan untuk meletakkan harga tersebut bagi perkhidmatannya itu adalah rezeki.

“Mungkin itu rezeki mereka. Tak apalah masing-masing punya bahagian.

“Kalau merasakan bahawa harga yang ditetapkan terlalu tinggi dan dia merupakan tukang masak yang sedang melonjak naik, kedua-dua pihak boleh berunding tentang harga tersebut agar adil,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Tambah Chef Wan, dia akui mengenali Sugu Pavithra dan menonton video masakan yang dimuat naik di laman Youtube.

“Saya ada menonton video pasangan ini. Mereka mendapat tempat di hati ramai orang disebabkan kepetahan dia berbahasa Melayu dan cara masakan dia yang bersahaja.

“Dia juga berani dan sangat bangga untuk menonjolkan resepi serta bakat yang ada.

“Jadi, saya rasa mereka patut disanjungi,” katanya lagi.

Terdahulu, Anim mendakwa terkejut apabila diminta bayaran sehingga RM10,000 untuk sebuah program masakan.

Perkara itu diluahkannya menerusi satu entri di Instagram Story miliknya yang menyifatkan bayaran itu setanding dengan bayaran cef selebriti, Chef Wan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber : http://www.mediaviral.bbn.my/

Be the first to comment on "Komen Isu Bayaran RM10,000, Ini Penjelasan Chef Wan Kata Sugu Pavithra"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*