Selalu meng1gau waktu tidur. Fazren Rafi dedah pernah bermimpi isterinya meningg4l dunia. “Mungkin sebab saya belum uruskan pen1nggalan arw4h”

PELAKON Fazren Rafi dig4nggu mimpi p3lik iaitu isterinya Syarifah Marlina Asyikin men1nggal dunia sehingga membuatkan dia terjaga dan menit1skan air mata.

Selain itu, Fazren, 35, berkata, dia juga beberapa kali dikejutkan oleh isteri selepas meng1gau membaca Al-Fatihah ketika sedang tidur.

“Ini kali pertama saya bermimpi kem4tian ahli keluarga.

“Sebelum ini, isteri pernah beberapa kali kejut saya masa tengah tidur sebab mulut saya macam asyik berbisik sedang baca Al-Fatihah.

Foto perkahwinan Fazren dan isterinya, Syarifah Marlina Asyikin yang dikongsikan di Instagram.

“Lepas tersedar tu saya terus peluk isteri saya dan masa itu la saya rasa s3dih sampai menitis air mata. Isteri pun ikut menang1s,” katanya kepada mStar.

Menurut pelakon Spa Q ini, pem3rgian ibunya, Sutinah Sahari, akibat k4nser usus tahap empat 28 Mei lalu mungkin menjadi punca dia berm1mpi tentang kem4tian.

Tambahan pula, dia masih belum selesai menguruskan segala perkara berkaitan peninggalan Allahy4rham ibunya.

“Mungkin kem4tian ibu masih mengh4ntui hidup saya sehingga saya memikirkan tentang kem4tian ahli keluarga lain.

Ibu Fazren, Sutinah Sahari, meningg4l dunia akibat k4nser usus tahap empat.

“Sekarang ni saya masih uruskan semua perkara yang belum sesuai untuk arw4h ibu saya seperti harta pusaka, fidyah dan sebagainya,” jelasnya.

Bercerita tentang perasaannya selepas terjaga dari mimpi tersebut, Fazren berkata dia lebih menghargai isterinya.

Kata Fazren, dia tidak dapat membayangkan melakukan sesuatu aktiviti harian tanpa ditemani isterinya itu.

 

Sebagai suami, saya perlu lebih menghargai isteri saya

FAZREN RAFI

PELAKON

“Sebagai suami, saya perlu lebih menghargai isteri saya.

“Selama perkahwinan kami, semua benda saya buat dengan dia… Lepak dengan dia, mendaki dengan dia dan kalau saya pergi memancing di kolam pun dia akan ada di sebelah saya.

“Dalam mimpi itu pun, saya buat semua benda yang saya buat cuma tanpa dia jadi tak dapat bayangkan kalau ia benar-benar berlaku,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fazren baharu selesai menjalani penggambaran drama Bulan Di Kota Langit yang sedang bersiaran di TV Okey bermula 13 Jun lalu.

Fazren bersama isteri dan anak-anak mereka.

Di samping itu, Fazren turut menjalankan bisnes makanan di beberapa kantin sekolah di Klang, Selangor.

“Penggambaran pun dah susah sikit sebenarnya, jadi sekarang ni saya fokus pada bisnes kantin di beberapa sekolah di Klang.

Fazren mendirikan rumah tangga bersama Syarifah Marlina Asyikin Syed Hassan pada tahun 1 Mei 2011.

Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata bernama Rizqin Uwais, Rizqin Humaira, Rizqin Haqq dan Rizqin Qayyum.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Selalu meng1gau waktu tidur. Fazren Rafi dedah pernah bermimpi isterinya meningg4l dunia. “Mungkin sebab saya belum uruskan pen1nggalan arw4h”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*