Remy Tengah Bahagia IG Live Dgn Awek Cantik, Sekali Si Ayah Muncul

GARA-GARA memuji kecantikan seorang peminat ketika membuat siaran langsung di Instagram (IG Live) bersama wanita tersebut, nama pelakon Remy Ishak menjadi trending di laman Twitter.

Menerusi perkongsian video yang menggunakan akaun bernama @hotcaramelatte, Remy tidak henti memuji senyuman dan wajah peminat wanitanya itu.

Lighting (pencahayaan) itu membuatkan muka awak nampak cantik, ke awak memang cantik? Manis senyuman awak. Senyuman awak memang cantik.

“Cakap dekat abah dan mak awak, saya hargai keindahan, awak senyum cantik, muka cantik, syukur Alhamdulillah ibu dan ayah memiliki anak yang cantik,” kata Remy.

Video tersebut kini mendapat lebih 284,000 tontonan, lebih 13,000 retweet dan 24,000 tanda suka.

Rata-rata netizen turut teruja melihat video tersebut dan memuji cara Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 38, melayan peminat wanitanya.

Malah ada segelintir netizen menganggap kisah peminat wanita itu boleh dijadikan novel berjudul Suamiku Remy Ishak yang mengisahkan tentang pertemuan mereka.

“Remy Ishak adalah lelaki idaman la. Tengok senyuman manis dia, jambang yang kemas, his curly hair, mata yang bersinar, kulit gelap yang bersih menyebabkan saya jatuh hati.

Dikongsi sejak semalam, klip video tersebut berjaya meraih ratusan ribu tontonan selain dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata mereka turut terhibur dengan gelagat Remy dan bapa gadis berkenaan. Malah tidak kurang juga yang mengakui serta memuji kecantikan dan kemanisan wajah Dini.

“Sis, awak punya cerita dah boleh buat novel ini. Seorang wanita cantik bertemu dengan pelakon terkenal secara talian dan mereka akhirnya jatuh cinta. Sudah tentu ada banyak rintangan. Tajuk novel? Suamiku Remy Ishak.

“Remy Ishak dah lama kacak, cute, macho dan semuanya la. Tapi semalam dia memang bertambah-tambah cute dan kacak,” komen beberapa netizen.

Pada malam Khamis lalu, pelakon drama Bukan Gadis Biasa ini membuat siaran langsung Instagram (IG Live) bersama beberapa orang peminat yang memenangi pertandingan produk Origina.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber : Mstar,Trending Sangat

Be the first to comment on "Remy Tengah Bahagia IG Live Dgn Awek Cantik, Sekali Si Ayah Muncul"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*