“Nak Berbasikal Ukur Diri Sendiri, Jangan Gatal..,” – Sharnaaz Ahmad

Persepsi dan tanggapan orang ramai yang mengatakan sukan berbasikal hanya untuk orang berduit memang tidak boleh dipisahkan.

Ini kerana ramai yang berpendapat kos yang dikeluarkan adakalanya ‘tidak masuk akal’.

Tampil memberi pandangan sendiri, pelakon Sharnaaz Ahmad akui perkara berkenaan bukanlah satu tanggapan yang salah.

“Persepsi itu memang betul, beli basikal saja untuk kita keluar duit memamg mahal. Harga dia tak logik akal pun.

“Macam saya sendiri pun tak tahu kenapa saya main basikal ni, rasa macam orang bdoh juga. Tapi bila dah main kita tahulah bod0hnya kalau tak main basikal. Dia jadi macam tu perasaan dia,” katanya.

Menurutnya lagi, biarpun agak mahal, namun sukan berbasikal ini bukanlah untuk orang kaya saja.

“Kalau dah tahu benda tu mahal beli la basikal terpakai atau 2nd hand.

“Kalau tak mampu lagi beli je yang murah. Benda ni ikut kemampuan sendiri, kalau rasa benda tu boleh pakai, tak ada masalah.

“Nak main ukur baju di badan sendiri, jangan gatal nak ikut poket orang lain tapi sebenarnya tak mampu,” katanya.

Tambah Sharnaaz, dia juga menasihatkan orang ramai untuk berfikir terlebih dahulu sebelum membeli kelengakapan basikal yang mahal.

“Terus terang saya rasa basikal memang mahal, baik beli motosikal je. Beli motor pun ada enjin, basikal tak ada enjin.

“So kena faham dekat situ, orang ada duit je boleh main basikal. Kalau tak ada duit tak perlu membazir.

“Nak kata sihat ada lagi sukan lain yang sihat,” katanya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ride for life

Siaran dikongsi oleh Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) pada

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "“Nak Berbasikal Ukur Diri Sendiri, Jangan Gatal..,” – Sharnaaz Ahmad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*