Tidak horm4t keluarga Sushant Singh, Deepika herd1k paparazi

PELAKON popular Bollywood, Deepika Padukone menempelak kumpulan paparazi di India yang mengambil kesempatan membuat keuntungan dengan menyebarkan foto dan video m4yat Sushant Singh Rajput ketika kem4tiannya baru-baru ini.

Apa yang membuatkan Deepika ber4ng, gambar dan video tersebut diambil tanpa kebenaran ketika m4yat Sushant di bawa keluar dari kediamannya ke h0sp1tal.

Menurutnya, mereka sepatutnya menghorm4ti keluarga si m4ti dengan tidak menyebarkan video tersebut kepada umum.

Bintang filem Padmavaat itu menyuarakan rasa tidak puas hati apabila melihat hantaran dimuat naik salah seorang paparazi terbabit di laman sosial yang menegah orang ramai menggunakan foto dan video tersebut tanpa kebenarannya.

Deepika menerusi ruangan komen telah mengherdik pemilik akaun terbabit dengan mengatakan apa yang dilakukan oleh paparazi itu adalah salah.

“Benar. Tapi adakah OK untuk kamu mengambil video itu yang bukan hanya menyiarkan, tetapi mungkin juga menjana keuntungan tanpa kebenaran keluarganya (Sushant ),” tulis Deepika.

Kenyataan tesrebut bagaimanapun tidak dibalas pemilik akaun tersebut, sebaliknya hantaran dihujani komen warganet yang rata-ratanya menyokong apa yang diperkatakan Deepika.

Terdahulu sebelum itu, aktor Sushant Singh Rajput, 34, ditemui men1ngg4l dunia di kediamannya di Bandra, Mumbai, India, pada 14 Jun lalu, dipercayai kerana membvnuh diri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : Sinar

Be the first to comment on "Tidak horm4t keluarga Sushant Singh, Deepika herd1k paparazi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*