Liverpool juara, akhiri kemarau 30 tahun

LIVERPOOL dinobatkan juara Liga Perdana Inggeris tanpa menendang bola selepas Chelsea menew4skan Manchester City 2-1 awal pagi tadi sekali gus menamatkan penant1an 30 tahun gelaran Inggeris itu.

Skuad Jurgen Klopp meng3sahkan gelaran ke-19 kelab dengan rekod baki tujuh perlaw4nan selepas City di tangga kedua ketinggalan 23 mata.

Liverpool hanya memerlvkan dua mata untuk mengakhiri kemarau mereka selepas memb3lasah Crystal Palace 4-0 di Anfield, semalam.

Selepas kemenangan ke-28 daripada 31 perlaw4nan musim ini, bintang Liverpool, Mohamed Salah menegaskan ‘sekarang detik untuk kami menjuarai liga’ dan 24 jam kemudian hajatnya tercapai.

Liverpool mendapat apa yang diimpikan selama ini daripada Chelsea di Stamford Bridge.

Penalti Willian pada minit ke-78 selepas bola terkena tangan Fernandinho mengakhiri penguasaan City selama dua tahun sebagai juara bertahan. Tuan rumah sebelum itu terlebih dahulu di depan hasil jaringan Christian Pulisic sebelum disamakan Kevin De Bruyne.

Liverpool juga kelab paling awal mengesahkan kejuaraan berbanding juara Liga Perdana yang lain mengatasi rekod baki lima perlaw4nan dikongsi bersama City dan Manchester United.REAKSI pengurus Manchester City, Pep Guardiola selepas pasukannnya tewas di Stamford Bridge. FOTO AFPREAKSI pengurus Manchester City, Pep Guardiola selepas pasukannnya tew4s di Stamford Bridge. FOTO AFP

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : MyMetro

 

Be the first to comment on "Liverpool juara, akhiri kemarau 30 tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*