“Tutup Pintu Tak Izin Melawat..” – Mia Ahmad

PELAKON Mia Ahmad mengakui proses melahirkan cahaya mata kedua memberikan pengalaman dan cabaran yang berbeza memandangkan dunia kini berdepan dengan pandemik Covi1d-19.

Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, 32, antara cabaran yang dihadapi adalah apabila dia perlu melakukan ujian swab Cov1id-19 dalam keadaan sedang sarat mengandung.

Selain berasa bimbang untuk melakukan ujian tersebut, Mia juga memberitahu dia belum berani membenarkan sesiapa datang melawat bayi perempuannya yang masih dirahsiakan nama.

Mia berkongsi momen anak lelak, Sayf Issa mencium adiknya.

“Antara cabaran melahirkan anak kedua ini… saya kena lakukan ujian swab Cov1id-19.

“Masa mula-mula nak kena lakukan ujian itu memang rasa takut tapi selepas dah selesai, rupa-rupanya sekejap sahaja dan tidak la seteruk yang saya bayangkan.

“Selain itu, susah juga bersal1in waktu keadaan macam ni. Orang takut nak datang melawat kita dan kita pun takut nak ajak orang datang tengok,” kata Mia kepada mStar.

 

Ada ketikanya memang tak cukup tidur dan dalam masa yang sama nak kena jaga diri sendiri juga.

MIA AHMAD

PELAKON

Menerusi laporan mStar pada 19 Jun lalu, suami kepada Mia Ahmad iaitu Mohd Izham Tarmizi berkongsi berita gembira isterinya selamat melahirkan anak perempuan.

Dalam pada itu, Mia turut berkongsi keadaan bayi perempuannya yang kerap bangun tengah malam menyebabkan dia tidak mendapatkan tidur yang secukupnya.

“Alhamdulillah… dia sihat sahaja. Tapi biasa la baby masih nak menyesuaikan diri dan kita pun sama. Apabila dia bangun tengah malam, saya pun kena bangun.

Mia bersama suami dan anak lelakinya.

“Ada ketikanya memang tak cukup tidur dan dalam masa yang sama nak kena jaga diri sendiri juga. Sekarang saya berpantang di Johor Bahru dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Pelakon yang pernah popular menerusi drama Hati Perempuan ini mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017.

Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Sayf Issa pada 28 September 2018.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "“Tutup Pintu Tak Izin Melawat..” – Mia Ahmad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*