Eyka Farhana Dedah Perangai Sebenar Akhyar Rashid Yang Dia Sendiri Tak Sangka

Kisah cinta antara pelakon muda Eyka Farhana dan juga pemain JDT iaitu Akhyar Rashid bukan lagi kisah dongeng. Percintaan mereka mula menjadi bualan ramai sejak tularnya gambar mereka bercuti bersama-sama di pantai peranginan di Thailand baru-baru ini.

Malah masing-masing dilihat saling berkongsi memuat naik status romantis di laman Instagram ketika ulang tahun Akhar yang ke 21 bulan lalu.

DALAM PROSES MENGENALI HATI BUDI

Semakin hari mereka dilihat semakin bahagia. Mereka juga semakin terbuka dalam berkongsikan kisah cinta kepada peminat. Lihat sahaja perkembangan terkini Eyka dan Akhyar, yang sering memuat naik gambar bersama.

Menemu ramah pelakon yang berusia 25 tahun mengenai kisah cinta, Eyka mengakui yang mereka kini dalam proses mengenal hati budi masing. Namun buat masa sekarang dia dan pasangan tidak mahu terlalu terbuka soal cinta.

SENTIASA BAHAGIA, AKHYAR SEORANG YANG KELAKAR

Biar lah masing-masing fokus pada kerjaya dahulu. Cuma apa yang dia bole ulas adalah Akhyar merupakan lelaki yang kelakar. Dia juga memiliki peribadi yang baik hati dan menarik minat Eyka, dia sangat pentingkan keluarga berbanding urusan lain.

“Jika saya berbual dengannya, saya akan sentiasa tergelak dengan telatahnya sepanjang masa.” Memetik kenyataan Berita Harian Online.

MOHON PEMINAT DOAKAN YANG BAIK-BAIK

Biar pun berbeza umur 4 tahun, pelakon tersebut tidak menolak jika mereka ditakdirkan untuk bersama. Yang pasti hanya mengikut aturan di depan mata.

Dalam pada masa yang sama, Eyka memohon agar peminat mendoakan yang baik-baik sahaja agar dia dan Akhyar berakhir di jinjang pelamin.

Melihat kepada reaksi peminat, rata-rata tidak sabar melihat pasangan ini untuk mengakhiri hubungan dengan perkahwinan.

Tidak dinafikan yang ada antara peminat tidak bersetuju dengan hubungan cinta ini. Apa pun bukan mudah untuk menjaga hati semua pihak. Yang penting jaga hati dan perasaan masing-masing dahulu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : Meecks.com

 

Be the first to comment on "Eyka Farhana Dedah Perangai Sebenar Akhyar Rashid Yang Dia Sendiri Tak Sangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*