Didesak Bertemu Ayahnya, Ini Keputusan Yg Diambil Anak To’Ki

BUKAN tak mahu jumpa, tapi semua ini perlukan masa. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, tidak seindah seperti keluarga orang lain,” kata anak kepada penyanyi To’ki, Noor Hidayah Mohd Zaki, 27, yang didesak netizen supaya bertemu dan membantu penyanyi itu.

Hidayah ketika dihubungi berkata, dia berharap netizen berhenti menudvh atau mengec4m dia serta adik-beradik yang lain berikutan sehingga kini mereka belum sedia bertemu To’ki.

“Kami tak pernah bergaduh atau bertengk4r dengan ayah, cuma kami sudah lama tidak berjumpa dan berhubung.

“Selepas ditinggalkan ayah, dia sudah membawa haluannya sendiri. Namun, saya dan adik-beradik lain tidak pernah mar4h atau berdend4m dengan keputusan ayah itu.

“Meskipun kehidupan bersama ibu membesarkan adik-beradik lain bukan mudah, hingga kami pernah dihalau keluar rumah oleh penyewa tapi saya bersyukur ibu menjaga kami dengan begitu sempurna.

“Saya tak faham kenapa netizen terlalu mar4h dengan kami, sedangkan mereka semua tidak tahu apa yang terjadi. Cuba letak keadaan berlaku ini kepada diri kalian, pasti anda akan faham,” katanya.

Menurut Hidayah, dia sudah hampir 16 tahun tidak tinggal bersama ayahnya, malah tak pernah merasai kasih sayang seorang bapa sejak tempoh lebih sedekad itu.

“Hari-hari dapat mesej orang kec4m dan memar4hi saya serta keluarga. Saya hanya memberi pencerahan terhadap situasi yang berlaku dalam keluarga kami.

“Apa yang terjadi sekalipun, dia tetap ayah kandung saya. Meskipun, selama 16 tahun saya tak tinggal dengan ayah selain kami juga tidak pernah berhubung. Cuma, ada bertemu pun ketika saya nak berkahwin.

“Sepanjang tempoh itu, saya tegaskan tak pernah rasa kasih sayang seorang bapa atau bergurau manja dengannya. Jadi, takkan semuanya boleh berubah dengan sekelip mata hanya kerana desakan pihak luar,” katanya.

Tambah Hidayah, dia enggan mengeruhkan lagi keadaan sebaliknya berharap orang luar memahami situasi yang berlaku.

“Insha-Allah dalam masa terdekat, kalau saya dan adik beradik lain tergerak hati untuk berjumpa, kami pasti akan melawatnya.

“Cuma, sekarang ini kami perlukan masa dengan apa yang sudah dia lakukan,”katanya.

Ujarnya lagi, kenyataan To’ki yang mendakwa dia ada menghubungi dan bertemu anaknya, Hidayah tidak menafikan.

“Mungkin betul ayah ada berhubung dengan anak isteri keduanya, Qaseh. Mungkin mereka mempunyai hubungan baik,” katanya.

Terdahulu, konflik keluarga antara To’ki dan anak-anaknya menjadi kecoh apabila Hidayah mendakwa kali terakhir bertemu penyanyi itu ketika beliau menjadi wali nikahnya, sekitar empat tahun lalu.

Anak kedua daripada lima beradik itu memberitahu, sejak To’ki dan ibunya berpisah kira-kira 16 tahun lalu, itulah kali pertama dia menatap wajah bapa.

Hasil perkahwinan pertama, To’ki memiliki lima anak iaitu Mohd Hafizi, 28; Noor Hidayah, 27; Noor Husna, 22; Noor Aishah, 21 dan Mohd Hairi Hanis, 18.

Berikut pula reaksi dari netizan

“jgn menghukvm tanpa mengetahui cerita sebenar. dan bkn semua cerita boleh diceritakan..a1ib keluarga juga mesti di jaga… siapa kita nk menghukvm mereka

” Habis tu takkan nak puji? “Baguslah kamu semua abaikan dia, harap kamu semua dapat anugerah Dato lepas ni”…… Hmmmmm…

“Kesusahan Toki adalah tindakan silam nya. Hidayah jangan bimbang. Abang Kucing ada di sisi Hidayah sentiasa

” Pengajaran buat ayah2 yg abaikan anak2 ketika kecil.. Kemudian hari ini ynag terjadi. Ambil iktibar.

Anak To’ki dedah kenapa dia tidak tahu mengenai keadaan bapanya yang hanya tinggal di pondok

Anak To’ki, Noor Hidayah mendakwa kali terakhir bertemu penyanyi era 1990-an itu ketika beliau menjadi wali nikahnya, empat tahun lalu.

Anak kedua daripada lima beradik itu memberitahu, sejak ayah dan ibu berpisah, kira-kira 16 tahun lalu, itulah kali pertama dia menatap wajah To’ki, sehinggalah dia dan adik-beradik membaca kisah penyanyi lagu Seni Berzaman itu yang tular, sejak beberapa hari lalu.

“Ketika ibu dan ayah bercerai, saya berusia 11 tahun. Selepas berpisah, ayah menghilangkan diri daripada kami. Sehinggalah empat tahun lalu, ayah datang pada hari pernikahan saya selepas dibawa keluarganya.

“Selama ini, kami memang tidak pernah berhubung, kecuali abang yang ada berinteraksi dengan ayah beberapa kali di Facebook (FB)… Itu sahaja, telefon atau mesej memang tiada,” katanya kepada BH Online.

BH Online menjejaki Noor Hidayah, 27, yang mesra disapa Yaya selepas entri yang dimuat naiknya, tular, mendakwa To’ki tidak menunaikan tanggungjawab sebagai bapa selepas meninggalkan ibu, dirinya dan empat beradik lain.

Kisah kehidupan To’ki, 53, dan isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, yang tinggal dalam pondok di Batu 12, Gombak, tular, sejak beberapa hari lalu.

Noor Hidayah berkata, dia dan adik-beradik yang lain terkejut mendapat tahu keadaan To’ki dan kehidupannya di pondok melalui laporan media.

“Sejujurnya, saya dan adik-beradik yang lain baru dapat tahu keadaan ayah selepas berita disiarkan… Barulah kami tahu ayah sudah berkahwin lain.

“Memang terkejut sebab tidak sangka ayah hidup dalam keadaan begitu. Sebelum ini, saya ada tengok ayah buat lintas langsung di FB, tetapi tidak sangka begitu keadaan tempat tinggalnya,” katanya.

Noor Hidayah berkata, selepas ditinggalkan, mereka tidak pernah berhubung dengan To’ki sehinggalah berjumpa sekejap pada hari pernikahannya.

Mengenai perkongsiannya di laman sosial berhubung kisah To’ki, Noor Hidayah berkata, entri itu bukan untuk meraih simpati, sebaliknya bertujuan mempertahankan dirinya dan adik-beradik lain.

“Pada awalnya, kami mahu berdiam tetapi ramai yang membuat tanggapan negatif. Disebabkan itu, adik beradik mewakilkan saya untuk bersuara.

“Orang cakap kami tidak ingat ayah dan lupa diri selepas hidup senang. Tetapi mereka tidak tahu apa yang kami lalui sebelum ini.

“Saya harap apa yang saya luahkan dapat memberi penjelasan kepada orang ramai bahawa kami bukanlah seperti yang dianggap,” katanya.

Noor Hidayah berkata, dia tidak berniat memburvkkan bapa kandung, sebaliknya merasakan langkah itu perlu demi kepentingan ibu dan adik-beradik.

Namun, Noor Hidayah tidak menyimpan dend4m dan mendoakan yang terbaik buat ayah.

“Sudah tentu saya sedih melihat keadaan ayah, tapi itu jalan yang dia pilih. Mungkin itu juga dugaan atas apa yang dilakukan ke atas kami.

“Kami doakan yang terbaik buat ayah. Kami mahu ayah mendapat kehidupan yang lebih baik. Sebenarnya, kami semua selalu ingat pada ayah. Burvk macam mana pun, ayah tetap ayah kami,” katanya.

Sementara itu, To’ki berbangga semua permata hatinya berjaya dalam hidup.

Keberatan bercerita kisah peribadi, To’ki berkata, biar apapun yang berlaku, dia mengambil tahu perkembangan anak-anak.

“Anak-anak saya semuanya berjaya dalam bidang masing-masing dan berpelajaran tinggi. Tudvhan mend4kwa saya tidak menghiraukan mereka adalah tidak benar.

“Mereka hidup selesa dengan bekas isteri. Saya memohon orang di luar janganlah menulis yang bukan-bukan dan menimbulkan cerita yang tidak benar,” katanya mengulas persoalan dibangkitkan netizen mengenai anak-anak.

To’ki akur tatkala diri mendapat perhatian ramai, isu seumpama itu datang menerjah.

Tidak keberatan berkongsi, To’ki berkata dia memiliki lima cahaya mata hasil daripada perkahwinan pertama.

To’ki berkata, anak sulungnya berusia 28 tahun iaitu Mohd Hafizi; diikuti Noor Hidayah, 27, Noor Husna, 22; Noor Aishah, 21 dan Mohd Hairi Hanis, 18.

Enggan mengambil endah tanggapan netizen, To’ki percaya ada hikmah di sebalik ujian dihadapi.

To’ki berkata, bakatnya mula dihargai apabila video yang dimuat di laman Facebook (FB) mencatatkan tontonan tinggi.

Tambahnya, ada hikmah di sebalik penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac lalu.

“Nama saya menjadi sebutan ramai sejak PKP. Dulu, apabila saya buat siaran langsung di FB, tontonan hanya tiga atau empat orang. Sekarang mencecah ribuan penonton.

To’ki berkata, dia tidak menyesal memilih untuk menetap di pondoknya itu.

“Sebelum ini, pondok ini hanyalah tempat persinggahan saya. Saya hanya di sini beberapa malam untuk mencari inspirasi.

“Tetapi, sejak lebih setahun lalu, saya memutuskan untuk menetap di sini kerana saya mahu menyediakan kandungan yang baik untuk pengikut laman sosial.

“Seiring dengan perniagaan industri muzik sekarang, saya juga mahu mewujudkan saluran YouTube sendiri,” katanya ditemui di pondoknya di Gombak, dekat sini, semalam.

Selain aktif di laman sosial, To’ki banyak memenuhi undangan nyanyian di ibu negara.

“Sebelum PKP, saya banyak mendapat undangan nyanyian di Johor, Kedah dan Pulau Pinang.

“Saya ada dua persembahan tetap iaitu di I’Dahlia Corner, Persiaran Stonor dan Pak Tam Sri Corner, Batu Caves pada setiap hujung minggu,” katanya

Sumber : KisahBena.com, Musang Viral

Be the first to comment on "Didesak Bertemu Ayahnya, Ini Keputusan Yg Diambil Anak To’Ki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*