“Sedih Pekerja Aku Berhenti..” – Aliff Syukri

SERING dikec4m kerana kandungan video yang dimuat naik di Instagram, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berkata dia ingin memulakan azam baharu dengan mengurangkan perkongsiannya di laman tersebut.

Menurut Aliff, dia mahu berehat daripada media sosial dan memberikan fokus kepada keluarga serta perniagaan.

“Ramai orang kata kenapa Datuk tidak buat video yang pelik-pelik. Bukan apa, saya rasa saya dah nak berehat dan nak fokus kepada keluarga… maklumlah saya dah tua.

“Ini masanya saya memberikan tumpuan lebih kepada keluarga saya dan juga bidang perniagaan. Kalau boleh hari-hari nak macam ini (bercuti) sebabnya dah malas nak berfikir soal bisnes.

“Sudah 12 Tahun saya fokus kepada bisnes sehingga jarang ada masa untuk keluarga,” katanya menerusi Instagram.

Aliff seronok bercuti bersama keluarga.

Bersama kapsyen tersebut dia turut berkongsi video pendek percutiannya bersama keluarga di sebuah pulau di Sabah.

Sementara itu penyanyi lagu Cuba Bahagia mengakui bimbang jika kesibukkan dunia membuatkan dia terlepas momen indah bersama anak-anak.

“Sekarang ni saya perlu berubah dan menjadi lebih matang khususnya kepada anak-anak saya yang meningkat remaja.

Aliff bersama isteri dan anak-anak tersayang.

“Saya takut nanti apabila mereka dah besar, saya akan terlepas peluang bersama dengan mereka.

“Doakan saya sekeluarga selamat dan juga gembira. Terima Kasih kerana sentiasa menyokong saya!,” ujarnya.

Aliff Syukri dan Nur Shahida berkahwin pada tahun 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat, Aminah.

Terbaru Aliff Syukri Kongsi Pekerjanya berhenti Kerja Tarik Perhatian Ramai

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Waktu PKP adalah waktu2 yg sukar ketika tu perniagaan x boleh dibuka dan masa tu GM @qistinamusa saya antara staff yg paling lama nak letak jawatan sebab nak fokus pada family!! Sedih sangat sebab dah anggap mcm keluarga..susah senang suka duka,pahit manis kami lalui bersama selama 10 tahun utk membangunkan perniagaan..inilah perasaan melepaskan orang yg kita sayang mmg berat.. Bagi saya-saya menganggap semua pekerja saya sebagai seorang sahabat susah dan senang bersama sebab aku hampir semua hantar kerja saya yang baik jikalau mereka berhenti saya akan memberikan mereka hadiah….korang pernah rasa tak perasaan ni?? . . Siapa ada pengalaman Sedih macam ini cuba korang komen di bawah apa perasaan anda untuk melihat sambungan video yang lebih panjang lagi korang boleh tengok dekat YouTube TV Telajak laris saya dah posting di sana

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Sedih pekerja aku Berenti kerja😢😢Kisah semasa PKP tempoh hari

Waktu PKP adalah waktu2 yg sukar ketika tu perniagaan x boleh dibuka dan masa tu GM @qistinamusa saya antara staff yg paling lama nak letak jawatan sebab nak fokus pada family!! Sedih sangat sebab dah anggap mcm keluarga..susah senang suka duka,pahit manis kami lalui bersama selama 10 tahun utk membangunkan perniagaan..inilah perasaan melepaskan orang yg kita sayang mmg berat..
Bagi saya-saya menganggap semua pekerja saya sebagai seorang sahabat susah dan senang bersama sebab aku hampir semua hantar kerja saya yang baik jikalau mereka berhenti saya akan memberikan mereka hadiah….korang pernah rasa tak perasaan ni??

Siapa ada pengalaman Sedih macam ini cuba korang komen di bawah apa perasaan anda untuk melihat sambungan video yang lebih panjang lagi korang boleh tengok dekat YouTube TV Telajak laris saya dah posting di sana

KOMEN NETIZEN :

Saya salut majikan sperti Dato Aliff

sabarrr datoo biase la tuh👍❤️

VIDEO PENUH :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : Instagram DS ALiff Syukri, Mstar

 

Be the first to comment on "“Sedih Pekerja Aku Berhenti..” – Aliff Syukri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*