“Lantak Lah..” – Zulin

KUALA LUMPUR: Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam tempoh tiga bulan membuatkan nama artis serba boleh, Zulin Aziz menjadi perhatian ramai.

Seperti biasa, ada yang memuji semangatnya menurunkan berat badan hingga berjaya mengeluarkan produk menguruskan badan, DMagia Dietmeal, tak kurang juga yang melemparkan nista.

Ada yang mula melemparkan tudvhan dengan mendakwa Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz melakukan jalan pintas dengan sedut lemak dan menggunakan bahan terl4rang untuk kurus.

“Saya dan orang sekeliling yang rapat akan tahu betapa diri ini bergelut untuk mencapai ke tahap sekarang. Orang mungkin nampak yang indah sahaja. Di sebaliknya, mereka tak tahu.

“Ada yang menudvh cakap saya sedvt lemak. Yang cakap saya ambil ddah pun ada. Ikutkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan lagi, boleh tengok video keadaan saya masih temb4m lagi. Ia adalah proses.

“Ketika awal, saya tak tunjuk gambar badan. Sampailah saya turun banyak kilogram, baru saya berani tunjuk sisi penuh badan. Tak apalah, ada sahaja yang tak kena pada mata netizen,” katanya kepada BH Online.

Zulin berkata, dia sudah terbiasa dengan kejian dan penghinaan netizen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Work hard in silence,let the success make the noise . Bawal : @dmagiafashion_official 🖤 📸 : @kahnz_photograffiti

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

“Saya sudah terbiasa, lantaklah apa orang nak cakap. Saya tak boleh memuaskan hati semua orang. Cukup saya dan teman sekeliling tahu apa sebenarnya yang dilalui. Orang mengata saya, bila lagi nak kurangkan lemak?,” katanya.

Zulin berkata, dia turut menerima kriti1kan apabila dilihat sekksi dan mula mengenakan pakaian ketat sejak berbadan langsing. Imejnya dilihat tidak bersesuaian dengan dirinya yang bertudung.

“Dalam hal ini, saya akui ada kalanya terleka dan tak perasan. Ia khilaf sendiri. Teguran orang buat saya tersentak dan lekas sedar. Saya tak mar4h, sebaliknya menghargai teguran membina.

“Soal pakaian serta bertudung ini, saya sendiri adakalanya tersasar. Tahulah perangai g1ila-g1ila saya macam mana pula,” katanya.

Zulin berkata, ada juga meny1indir suruh menanggalkan tudung kerana sudah mula berpakaian ketat.

“Tak saya nafikan memang ada yang sarkast1ik dan seolah-olah meminta saya buka tudung. Insya-Allah, saya minta dijauhi perkara itu,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Yeay dah 57kg! Thank you so much @dmagiadietmealz_hq and team!🥰❤️. . Mereka jaga pemakanan dan exercise saya sepanjang Pkp.Jom kurus secara sihat. @dmagiadietmealz_hq and team akan guide anda . Plan diet selama 21 hari dengan Dmagia luar biasa! Dengan mengamalkan pemakanan dan senaman yg boleh membantu anda turun berat badan yg anda idamkan.Saya mengambil masa 3 bulan saja utk seperti sekarang. Saya boleh,anda pasti boleh. . Kami guide sampai kurus. Product ni peganti makanan dan program diet yg menukar cara pemikiran kita mengambil makanan yg lebih seimbang . . Kalau nak tau lebih lanjut boleh follow @dmagiadietmealz_hq . Kami tak jual UBAT kURUS tp replacement meal.

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber : BH

 

Be the first to comment on "“Lantak Lah..” – Zulin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*