Selepas Peguamnya, Giliran Zarina Anjoulie Pula Yang Kena

Pada 1 Julai lalu, pelakon Amyza Aznan memalui The Law Chambers of Fauzi & Naseer menuntut permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari serta bayaran ganti rugi kerosakan berjumlah RM5 juta daripada Nurul Hafidzah Hassan, yang merupakan peguam yang mewakili Zarina Anjoulie.

Terbaru, pada 3 Julai 2020, Amyza Aznan membuat tuntutan g4nti rugi am melebihi RM1 Juta daripada Zarina Anjoulie. Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Amyza Aznan.

1. Amyza Aznan telah memfailkan Pernyataan Pembelaan terhadap Sam4n dan Pernyataan Tuntutan oleh Zarina Anjoulie. Pembelaan telah difailkan pada 3 Julai 2020.

2. Sebelum itu Memorandum Kehadiran telah difailkan oleh Amyza Aznan pada 1 Julai 2020 setelah carian fail mengenai kertas-kertas kausa tindakan guaman yang dibawa Zarina Anjoulie berjaya dilakukan melalui e-kehakiman.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Meninjau lokasi tomyam udang dlm kelapa . Kat genting @nok_sokmo_genting_tomyam seranggggģg @nok_sokmo_genting_tomyam

A post shared by KAAiA777kaaia7777 (@amyzaaznankaaia) on

3. Di dalam Pernyataan Pembelaan tersebut, Amyza Aznan telah menafikan bahawa beliau ada terlibat mengeluarkan perkataan-perkataan fitn4h terhadap Zarina Anjoulie melalui aplikasi Telegram di dalam kumpulan Cov1id-19 Persatuan Seniman. Selanjutnya beliau juga menafikan bahawa hantaran di aplikasi ‘instagram’ milik beliau merupakan fitn4h kepada Zarina Anjoulie.

4. Selain itu, Amyza Aznan juga telah memfailkan satu Saman melalui Tuntutan Balas terhadap Zarina Anjoulie yang telah secara terang memfitn4h beliau melalui ‘posting’ di laman Instagram Zarina Anjoulie dan secara rakaman video di aplikasi Facebook.

5. Dakwaan-dakwaan fitn4h oleh Zarina Anjoulie jelas berniat jahat dan mendorong serta mencipta sangkaan buruk orang awam terhadap Amyza Aznan.

6. Sam4n dan Tuntutan Balas ini telah diserahkan kepada Peguamcara Zarina Anjoulie pada 3 Julai 2020.

7. Amyza Aznan menuntut ganti rugi am melebihi RM1 juta, g4nti rugi pampasan, g4nti rugi tervk dan teladan serta perintah injunksi bagi menghalang Zarina Anjoulie atau mana-mana ejennya daripada menerbitkan semula kenyataan fitn4h yang telah diterbitkan.

8. Amyza Aznan juga menuntut permohonan maaf daripada Zarina Anjoulie dan ianya perlu disiarkan di media cetak dan di laman facebook juga Instagram Zarina Anjoulie.

9. Bagi permohonan Penghakiman Ingk4r Kehadiran yang dimohon oleh Zarina Anjoulie, satu Afidavit Balasan oleh Amyza Aznan juga telah difailkan pada 3 Julai 2020 dan diserahkan kepada Peguamcara Zarina Anjoulie pada tarikh yang sama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hope this is a good news for u . Salam jumaat everything 💋 exclusive from @astrogempak @badrulhashim

A post shared by KAAiA777kaaia7777 (@amyzaaznankaaia) on

Sebelum ini, pelakon dan model, Fara Mendoza menang sam4n m4alu atau fitn4h ke atas Zarina Anjoulie setelah sam4n tersebut difailkan peguam Fara pada Januari lalu di Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan.

Pelakon Emelda Rosmila juga turut menfailkan sam4n menuntut ganti rugi am melebihi RM1 juta daripada Zarina Anjoulie kerana didakwa menerbitkan kenyataan fitn4h terhadapnya.

Kes Amyza Aznan dan Emelda Rosmila bermula apabila Zarina Anjoulie melalui peguamnya menghantar dua tuntutan saman berasingan terhadap Amyza (tuntutan sebanyak RM3 juta) dan Emelda (tuntutan sebanyak RM1 juta).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment on "Selepas Peguamnya, Giliran Zarina Anjoulie Pula Yang Kena"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*