Comelnya! 5 Selebriti Ini Sedang Hamiil Anak Pertama

Tahun 2020 telah memberi sinar baru buat beberapa selebriti tanah air apabila mendapat berita gembira kehamilan anak pertama.

Keterujaan menimang cahaya mata pertama pasti membuatkan 5 selebriti ini tidak sabar menanti kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.

Berikut Astro Gempak senaraikan 5 selebriti tersebut:

#1 Nur Fazura

Selepas dua tahun berumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin gembira mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Berita kehamilan Fazura ini amat dinanti-nantikan oleh peminatnya sehingga sebelum ini ramai membuat andaian pelakon wanita ini sudah pun hamil di awal perkahwinan mereka.

K4ndungan Fazura berusia empa bulan sewaktu dia mengumumkan berita gembira itu pada April lalu.

Pasangan ini berkahwin pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis tertutup.

#2 Farah Nabilah

Pelakon Farah Nabilah berkongsi berita kehamilannya selepas ia mencecah berusia lima bulan.

Pasangan itu gembira mengumumkan dia dan suami bvnting pelamin selepas mereka diijabkabulkan pada 20 Disember lalu di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara.

#3 Eyra Hazali

Pelakon drama bersiri Puteri Yang Ditukar, Eyra Hazali mengumumkan dirinya berbadan dua dalam satu video kejutan buat suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Haziq Nadzli.

Menerusi video tersebut, Eyra dan suaminya mengalirkan air mata terharu selepas mengetahui berita itu.

Eyra dan Haziq berkahwin pada 1 November 2019 selepas dua tahun berkenalan.

#4 Emma Maembong

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@shazli.a ❤️ they plan and Allah plans, surely Allah is the best of planners, Alhamdullilah for everything 🌸 videographer: @cameo.x hotel : @dashresortlangkawi photography: @amirnaufalna #Emanizers #Emmamaembong @emanizers

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

Pelakon Emma Maembong baru sahaja mengumumkan berita gembiranya semalam bahawa dia kini sedang berbadan dua.

Difahamkan Emma dan suami yang kini sedang berbulan madu di Pulau Langkawi.

Menerusi foto yang dimuat naik Emma di akaun Instagram miliknya, pelakon wanita itu dilihat gembira bersama baby bump.

Emma Maembong, 27, sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, pada majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara pada 20 Februari lalu.

#5 Hani Fadzil

Penyampai radio dan pengacara Hani Fadhzil mengumumkan berita gembira dia berbadan dua di Instagram selepas dua tahun berkahwin.

Hani hami1l selepas lebih setahun melakukan pembev4han membuang sista (cyst) pada bahagian ov4rinya

Hani dan suami, Wan Faiz bernikah pada 7 Julai 2017 dalam sebuah majlis yang berlangsung meriah di sebuah dewan acara terkemuka di Putrajaya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment on "Comelnya! 5 Selebriti Ini Sedang Hamiil Anak Pertama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*