Hero Yang Dibuang? Ini 5 Jasa Khalid Jamlus Yang Ramai Dah Lupa

Nama bekas penyer4ng Harimau Malaya, Khalid Jamlus secara tiba-tiba menjadi perbualan ramai apabila dia menjual jersi dan medal kemenangan, termasuk trofi kasut emas yang dimenanginya pada 2002.

Biarpun ramai yang bersimpati, namun terdapat ramai juga yang mengkiritik pemain berkenaan.

Komen kasar yang dilemparkan seolah-olah melupakan jasa dan sumbangan Khalid dalam dunia bola sepak khususnya pasukan Perak.

Gempak senaraikan lima pencapaian Khalid yang membanggakan dan harus kita kenang! 

#1 Kejayaan Perak & Piala Malaysia 2000

Ketika menyertai Perak, Khalid boleh dikatakan antara ‘bintang’ yang banyak menyumbang kepada kemenangan pasukan tersebut.

Siapa boleh lupa gandingan Khalid dan V. Saravanan. Gandingan mereka menjadi Perak antara pasukan paling digeruni ketika itu.

Musim 2000, Perak sekali lagi muncul di pentas akhir Piala Malaysia dan Khalid melengkapkan kemenangan 2-0 Perak ke atas Negeri Sembilan.

Pada awal musim 2001, Khalid turut membantu Perak memenangi perisai komuniti atau sumbangsih.

#2 Khalid Jamlus Penjaring Utama 2002 Sebanyak 25 gol

Menurut laporan axello.net/khalid-jamlus-penyerang-lagenda-yang-hadiahkan-4-kejuaraan-kepada-perak/axello, pada tahun 2002, bekas pemain Olimpik ini berada di musim ke-3 dalam skuad utama Perak.

Khalid meraih anugerah kasut emas pada tahun dimana Perak menewaskan persaingan dari Selangor untuk meraih kejuaraan liga pertamanya.

#3 9 gol Khalid Jamlus pada 2003

Pada tahun ini, Khalid hanya menjaringkan 8 gol liga dan bakinya di perlawanan Piala FA.

Walaubagaimanapun 8 gol itu masih menjadikan Khalid sebagai penjaring terbanyak pasukan bersama-sama V.Saravanan.

V.Saravanan menjadi penjaring terbanyak secara keseluruhan dengan 12 gol.

Hebat betul gandingan duo ini!

 

#4 Khalid ke Selangor (2005), menewaskan Perak di perlawanan akhir Piala FA.

Pada musim berikutnya, Khalid dan V.Saravanan meninggalkan pasukan dengan menyertai Selangor dan UPB/Myteam.

Ketika ini Perak bertemu Selangor dan Khalid bermain untuk Selangor.

Selangor menang 3-0, gol pembukaan Selangor dijaringkan oleh Khalid sebelum Bambang Pamungkas dan Brian Fuentes menamatkan cabaran Perak.

#5 Kegemilangan Perak 1998 hingga 2005

Melihat kepada pencapaian Khalid, boleh dikatakan tempoh berkenaan merupakan tempoh terbaik untuk Perak.

Selain Khalid, Ahmad Shahrul Azhar, V.Saravanan antara bintang yang menjadi idola kebanyakan kanak-kanak dan remaja ketika itu.

Boleh dikatakan ia zaman kegemilangan pasukan Perak!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment on "Hero Yang Dibuang? Ini 5 Jasa Khalid Jamlus Yang Ramai Dah Lupa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*