“Rasa Tertekan..” – DS Siti Nurhaliza

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui proses yang dilalui untuk tampil dengan album studio terbaharu bukanlah satu perkara yang mudah.

Menurut Siti, setiap album mempunyai cabaran tersendiri, sama seperti album ke-18 yang diberi judul ManifestaSITI2020.

“Bila kita merancang nak keluarkan album, semestinya kualiti menjadi keutamaan. Kita mahukan sesuatu yang baik, malahan mahu yang lebih baik berbanding sebelumnya.

“Proses penghasilan album pula, setiap kali nak buat, mesti rasa pressure (tekanan). Saya dan mereka yang berkhidmat belakang tabir cuba mahu memberikan kepuasan kepada pendengar,” kata Siti kepada Gempak.

Pelantun lagu 7 Nasihat itu ditemui ketika sesi sidang media pelancaran album baharunya di Khan’s Indian Cuisine, Bangsar South baru-baru ini.

Tambah Siti, gerak kerja pembikinan album merupakan satu perjalanan yang sukar untuk seorang penyanyi.

“Sememangnya sukar… Kita mahukan bukan satu lagu sahaja yang memberikan kepuasan kepada pendengar, malah satu album.

“Tak naklah satu atau dua lagu sahaja yang pendengar dan peminat suka, kalau boleh nak semua lagu yang disenaraikan dalam album mendapat tempat di hati peminat.

“Alhamdulillah, prosesnya berjalan lancar dan terhasillah ManifestaSITI2020. Saya berharap agar ia menerima maklum balas positif orang ramai,” katanya lagi.

Album ManifestaSITI2020 mengandungi lagu-lagu pelbagai genre yang membariskan pelbagai komposer dan penulis lirik tersohor.

Naskhah terbabit memuatkan 11 lagu termasuk lima lagu baharu antaranya Kuasa Cintamu, Takhta Dunia, Aku Bidadari Syurgamu, dan Tertulis Nama Kita.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah. Terima kasih semua. Jangan lupa dapatkan daripada Affiliate SNP yang sah. Baik saya bagi peluang Affiliate SNP letak link dan no whatsapp anda di komen saya bagi memudahkan pelanggan mendapatkan album ini. ❤️❤️❤️. . #Repost @rozisangdewi with @make_repost ・・・ Alhamdulillah, pre-order 3000 keping CD ManifestaSITI2020 telah pun habis dijual sekitar jam 10.50 malam ini. Disebabkan penjualan dan permintaan masih berlangsung, pihak Siti Nurhaliza Productions telah menambah sebanyak 500 keping lagi di SNP ON PAY. Dapatkan daripada Affiliate berdaftar SNP ON PAY bagi anda yang mahu mendapatkan CD ini. Terima kasih di atas dukungan anda terhadap album @ctdk yang terbaharu, kami sangat menghargainya. Album ini akan tetap berada dalam senarai penjualan di SNP ON PAY dan kami akan terus membuat tambahan bagi memenuhi permintaan. #manifestasiti2020

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Turut dimuatkan lima lagu yang sudah dilancarkan lebih awal dan sebuah lagu rendisi baharu berjudul Teratai Menjelma nyanyian asal Datuk Sudirman Arshad.

Antara komposer yang terbabit dalam album kali ini ialah Aubrey Suwito, Omar K, Hael Husaini, Ezra Kong, Pown Hasril, Melly Goeslow, Hafiz Hamidun, Ippo Hafiz, John Jeevasingham, Ryan Kyoto, Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Sebanyak 1,500 buah album habis dijual sejak tempahan awal yang dibuka pada 29 Jun lalu dan pihak penerbit iaitu Universal Music Malaysia dan Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd terpaksa menambah stok bagi memenuhi permintaan peminat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment on "“Rasa Tertekan..” – DS Siti Nurhaliza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*