[VIDEO] Reaksi Aafiyah Jumpa Neelofa Buat DS Siti Nurhaliza Terkedu

Satu hantaran video pendek yang dikongsikan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi akaun Instagram menjadi perhatian wargamaya.

Ia merakamkan gelagat kandid ‘puteri’ ciliknya, Siti Aafiyah yang kelihatan teruja saat bertemu Neelofa.

Seolah-olah mahu berbual dengan bekas hos MeleTOP itu, Aafiyah turut dirakam jalan berpimpin tangan dengan Neelofa menuju ke ruang tamu.

“Hari ini dalam sejarah Aafiyah excited jumpa Aunty @neelofa & tarik tangan ajak duduk sama sama borak.

“Ibu terkedu jap,” tulis penyanyi yang baru sahaja muncul dengan album terbaru, ManifestaSITI2020 itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hari ini dalam sejarah Aafiyah excited jumpa Aunty @neelofa & tarik tangan ajak duduk sama sama borak.. Ibu terkedu jap 🤷‍♀️

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Difahamkan Siti ditemubual bagi rakaman program terbaru kelolaan Neelofa, Next To Neelofa.

Lalu, posting berkenaan menerima hampir seribu komen peminat yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat spontan kanak-kanak berkenaan.

Selain Siti, program yang bakal bersiaran di Astro Ria itu sebelum ini turut mengundang beberapa nama nama besar lain, antaranya Datuk Hans Isaac, Datuk Rizalman dan Datin Seri Tiara Jacquelina.

KOMEN NETIZEN :

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : 

 

Be the first to comment on "[VIDEO] Reaksi Aafiyah Jumpa Neelofa Buat DS Siti Nurhaliza Terkedu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*