Akui Mudah Ditipv, “Betapa bod0hnya saya percaya…” – Adibah Noor

GARA-GARA percaya dengan permintaan untuk mendapatkan pengesahan daripada Instagram, akaun laman sosial milik penyanyi Adibah Noor itu dig0dam pihak tidak bertanggungjawab.

Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohd Omar, 50, berkata semua gambar kenangan sudah hilang buat selama-lamanya dan kini dia terpaksa membuat akaun Instagram yang baharu.

“Hi gais… Instagram saya adibah_noor tidak lagi wujud. Betapa bod0hnya saya percaya dengan permintaan ‘verification’ (pengesahan).

Penggodam meminta wang jika mahu dikembalikan Instagram Adibah.

“Sekarang semua gambar dan post memori sudah tiada lagi selama-lamanya. Akaun baharu saya adalah @adibahnoormohdomar. Sekadar kalau anda nak mengikuti,” kata Adibah.

Adibah berkongsi perkara tersebut menerusi laman Twitter miliknya dan turut memuat naik paparan skrin emel yang berhubung dengan akaun Instagramnya turut ditukar.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini mengakui dia mudah ditipu kerana terlalu panik akaun laman sosialnya akan ditutup dalam tempoh 24 jam jika tidak melakukan apa yang disuruh penggodam tersebut.

Malah Adibah sudah menjangkakan penggodam tersebut meminta wang jika ingin mendapatkan semula akaun laman sosialnya itu.

 

Kalau ada pihak ‘Instagram’ suruh buat pengesahan bagai… jangan percaya. Meni1pu saja

ADIBAH NOOR

PENYANYI

“Bila tak buat ‘verification’ mereka akan ugut nak tutup akaun dalam tempoh 24 jam la apa la. Jadi, anda pun kel4m kabvt la buat apa yang disuruh.

“Tukar kata kunci banyak kali bagi kod pengesahan.. (yeay saya sangat mudah dit1pu). Akhirnya… sampai emel anda pun yang berhubung dengan Instagram anda mereka tukar.

“Kalau ada pihak ‘Instagram’ suruh buat pengesahan bagai… jangan percaya. Men1pu saja. Sekarang akaun Instagram saya adibah_noor dah disimpan mereka.

“Seperti yang dijangka, penggodam mahukan duit untuk kembalikan akaun saya. Tiada kejutan. Jadi, ini adalah akaun baharu sekarang,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber: MSTAR

 

Be the first to comment on "Akui Mudah Ditipv, “Betapa bod0hnya saya percaya…” – Adibah Noor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*