Inilah Senarai Isteri, Buah Hati 8 Bintang Bola Sepak Terkenal Yang Berpendidikan Tinggi

LONDON: Marcus Rashford bukanlah satu-satunya pemain bola yang memiliki pasangan yang bijak.

Bintang Manchester United itu pasti berbangga selepas kekasihnya, Lucia Loi menamatkan pengajian minggu ini dengan ijazah sarjana muda kelas pertama. Dia menjadi ‘ahli kumpulan’ wanita berjaya dan menandingi pasangan mereka yang mencipta nama dalam bola sepak.

Berikut adalah antara isteri dan teman wanita (WAG) pemain bola sepak terkenal yang cemerlang dalam pembelajaran dan sentiasa bekerja keras.

Dari kiri; Megan Davison isteri kepada Jordan Pickford, Lucia Loi teman wanita Marcus Rashford, Dr Natalia Loewe isteri kepada Alisson Becker dan Monique isteri kepada Fred (gambar kecil). – Foto thesun

1. Megan Davison (isteri kepada Jordan Pickford)

Dia memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Kanak-Kanak dan penjaga gol England itu bertemu isterinya di Sekolah Menengah St Robert of Newminster RC di Washington, Tyne and Wear ketika berusia 14 tahun. Megan kemudiannya menamatkan pengajian di Universiti Sunderland pada 2017 dan melahirkan anak lelaki, Arlo pada Februari tahun lalu.

2. Fern Hawkins (tunang kepada Harry Maguire)

Dia memiliki Ijazah Sains dan Psikoterapi dan kedua dua mereka sudah berjanji temu sejak remaja di Sheffield. Dia berkongsi minat bersama Maguire dan menamatkan pengajian dengan ijazah kelas pertama pada 2017. Anak pertama mereka, Lillie Saint dilahirkan pada April 2019 dan disusuli anak kedua, Piper Rose pada Mei lalu.

3. Kaya Hall (isteri kepada Phil Jones)

Dia memiliki Ijazah Perniagaan dan Pengurusan. Dia mempertahankan suaminya yang dikrit1ik selepas menyertai Manchester United. Ketika penyokong Rovers menyatakan di Twitter bahawa Phil Jones tidak lagi dialu alukan di Blackburn, dia membalas ‘cukup baik kerana dia tidak lagi tinggal berdekatan bandar anda!’ Pada 2015, dia membantu jurur4wat selepas doktor pasukan mendapati terdapat dar4h beku di betis pertahanan itu.

4. Lucia Loi (teman wanita Marcus Rashford)

Dia memiliki Ijazah dalam Pengiklanan dan Pengurus Jenama. Dia menamatkan pengajian selepas tiga tahun di Universiti Manchester Metropolitan. Kelayakan dan gred yang dimilikinya memberi peluang cerah untuk dia mencipta kerjaya dalam bidang perhubungan awam ataupun media. Marcus dan Lucia yang kedua duanya berusia 22 tahun mula berjanji temu sejak dari zaman persekolahan.

5. Monique Salum (isteri kepada Fred)

Dia memiliki Ijazah dalam Kejuruteraan Ki1mia. Ketinggiannya menjadi aset utama di mana susvk tubuhnya mengatasi ketinggian Fred. Wanita berusia 29 tahun ini bekerja sebagai jurutera ki1mia di Pusat Pembangunan Teknologi Nukle3ar Rio de Janeiro.

6. Dr Natalia Loewe (isteri Alisson Becker)

Dia adalah doktor dan menjadi duta Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) dan penjaga gol Liverpool itu bertemu Natalia ketika dia sedang belajar pada 2012. Mereka berkahwin pada 2015 dan memiliki anak perempuan berusia tiga tahun, Helena dan anak lelaki berusia setahun, Matteo. Natalia, 28, memiliki 251,000 pengikut di Instagramnya dan dia menggunakan platform itu untuk berkongsi mengenai kesihatan.

7. Magi Salah (isteri kepada Mohamed Salah)

Magi Salah (isteri kepada Mohamed Salah). – Foto thesun

Dia memiliki Ijazah sarjana muda perniagaan dari Alexandria, Mesir dan kini bekerja sebagai pakar bioteknologi. Magi bertemu pemain sayap Liverpool itu ketika mereka bersekolah di Basioun yang terletak di wilayah Gharbia. Mereka berkahwin pada 2013 dan dikurniakan anak perempuan berusia enam tahun, Makka.

Salah antara tokoh muslim berpengaruh di dunia

Mohamed Salah menjadi salah satu tokoh muslim 2019 paling berpengaruh versi The Muslim 500. Mohamed Salah bahkan termasuk dalam 50 tokoh berpengaruh muslim di dunia dengan menempati posisi ke-46. Pemain Liverpool itu masuk sebagai daftar baru.

Prestasinya yang luar biasa bersama Liverpool menjadikan pemain bola berusia 26 tahun itu menjadi idola. Mohamed Salah tampil memukau pada musim lalu dengan mencetak 44 gol di semua kompetisi bersama Liverpool, 32 di antaranya di Premier League.

8. Dr Vera Ribeiro (isteri kepada Rui Patricio)

Dia adalah pakar psikologi dan pakar terapi ss dan ketika Piala Dunia 2018, dia menggesa jurulatih Portugal supaya membenarkan pemainnya **** sebelum perlawanan bagi memastikan mereka kurang tekanan ketika beraksi.

Dia sudah pasti tahu apa yang diperkatakan kerana dia memiliki kelayakan sebagai pakar terapi sss dan psikologi. Dia turut menulis buku bertajuk ‘Manual untuk Mengg0da’ dan satu satu tips dalam buku itu adalah bermain kad – dan individu yang memiliki nombor yang kecil perlu menanggalkan pakaian mereka.

Dr Vera Ribeiro (isteri kepada Rui Patricio). – Foto thesun

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : Musang Viral

 

Be the first to comment on "Inilah Senarai Isteri, Buah Hati 8 Bintang Bola Sepak Terkenal Yang Berpendidikan Tinggi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*