Tak puas hati anak dapat B Pendidikan Islam, Ini tindakan isteri Azhar Sulaiman

DISEBABKAN berasa ragu dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anak lelakinya Andika Rees Pahamin, pelakon Azhar Sulaiman berkata isterinya iaitu Chempaka Emalin Pahamin membuat semakan semula di Bahagian Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Azhar berkata, isterinya kurang berpuas hati dan merasakan terdapat kesilapan apabila anaknya itu hanya memperolehi gred B dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

“Seperti biasa, untuk kerja-kerja macam ni memang dibuat oleh ibunya.

Keputusan SPM terbaharu anak kembar lelaki Azhar Sulaiman, Andika Rees Pahamin.

“Dia dah soal Rees bertalu-talu kenapa dapat gred B untuk subjek Pendidikan Islam. Rees cakap dia dah jawab dengan sebaik mungkin,”

“Jadi, satu-satunya cara untuk tahu apa yang Rees cakap tu betul atau tidak, maknya sebagai seorang peguam pergilah buat kepastian dan semakan.

“Saya tak terlibat dalam proses ni jadi tak berani nak komen lebih-lebih takut tersilap cakap,” ujarnya kepada mStar.

Azhar bersama isteri dan anak mereka.

Sebelum ini, pelakon drama Keluarga Iskandar ini berkongsi keputusan terbaharu anaknya di Instagram pada Jumaat.

Menerusi perkongsian itu, Rees yang mengambil lapan subjek itu memperoleh 7A dan 1B bagi subjekt Bahasa Melayu.

“Keputusan SPM Rees telah diperbetulkan. Terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia atas pembetulan ini.

Anak kembar Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin.

“Keputusan muktamad buat anak kembar tidak seiras saya. Leona 7A & Rees 7A… barulah betul bunyinya,” tulisnya.

Manakalan, keputusan SPM kembarnya iaitu Kasih Iris Leona yang mendapat 7A turut dibuat semakan oleh ibu mereka, namun tiada perubahan dalam gred yang diperoleh.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "Tak puas hati anak dapat B Pendidikan Islam, Ini tindakan isteri Azhar Sulaiman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*