“Zaliim Sangat..” – Didie Alias

PELAKON Didie Alias meluahkan rasa kenal dengan sikap segelintir produksi yang tidak menghargai bakat lakonan pelakon senior dengan memberi bayaran terlalu rendah.

Menurut Didie atau nama sebenar Fadzilah Mohd Ali, berkata, bayaran tersebut tidak adil kepada seseorang pelakon berpengalaman yang mencari pendapatan dalam bidang ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mantap tak gabungan dari pengarah tersohor @rashidsibir #teletanahkubur @lizza_abdullah @nasirbilankhan171960 @hamidahwahab56 @azri.iskandar_official @sahronizamn

A post shared by DiDie Alias (@ladydidiemsia) on

“Bayaran di Malaysia tidak setimpal dengan apa yang sepatutnya, untuk mendapatkan satu jumlah bayaran kita terpaksa berg4duh.

“Kita datang dengan bakat dan bukan dengan viral di media sosial, tidak rugi untuk membayar jumlah yang sepatutnya kerana pelakon lama yang akan mewarnai sesebuah naskah, ”ujarnya kepada mStar.

Tambah Didie, pihak produksi sepatutnya lebih menghargai usaha pelakon lama dengan memberi tawaran yang setimpal.

VIDEO :

“Siang kerja pejabat, petang berniaga sate di kaki lima jalan” – Didie Alias sebak keper1itan jadi ibu tunggal besarkan lima anak

BERGELAR ibu tunggal dan membesarkan lima anak sendirian bukanlah tugas mudah dan memerlukan pengorbanan besar.

Menurut pelakon Didie Alias, sepanjang 10 tahun menjadi ibu tunggal, dia pernah berdepan kesempitan hidup sehingga memaksanya melakukan dua pekerjaan demi menyara keluarga.

“Allah menduga aku selama 10 tahun semasa menjadi ibu tunggal. Akulah emak, akulah bapa untuk mencari rezeki demi membesarkan, sekolahkan dan didik mereka.

“Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, sampai anak-anak pun tak tahu aku ni ada duit ke tak? Aku kuat kerana mereka. Sampaikan ada dua orang anak aku sebelum ni tak mampu hantar dia orang ke tadika fasal aku tak ada duit.

“Membesarkan lima orang anak semasa itu buat aku rasa… Ya Allah mampu ke aku? Siang aku kerja pejabat, petang aku berniaga sate di kaki lima area rumah aku. Tak ada kawan atau famili, aku tak nak mereka tahu aku susah terseksa jadi biarlah aku yang tanggung,” katanya.

“Peri1t getir yang aku alami sebelum ini Allah balas dengan kesenangan dan kebahagiaan hidup… walaupun aku tak kaya raya, tapi cukup untuk aku berada di dunia sementara ini, InsyaAllah.

“Terima kasih Allah, terima kasih anak-anak syurgaku kerana menjadikan mommy seorang ibu yang sangat dihormati sekarang. Masa menaip ni pun air mata aku meleleh dengan sendiri, aku bangga dengan anak-anak aku dan sanggup buat apa sahaja untuk mereka.

“Mereka balas dengan kejayaan, syukur Alhamdulillah… tahniah kakak menjadi pendorong dan semangat untuk adik-adik kamu,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

On set #teletanahkubur

A post shared by DiDie Alias (@ladydidiemsia) on

Terdahulu, Didie pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ridzuan Hashim pada tahun 1991 namun berpisah pada tahun 2000.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza, dan Nur Diyana.

Pada Mei 2009, Didie mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Norisham Ismail.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "“Zaliim Sangat..” – Didie Alias"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*