“Saya Tak Halal” – Feeya Iskandar

PENYAMPAI radio Suria FM, Feeya Iskandar meluahkan perasaan beng4ng apabila ada pihak menjalankan perniagaan secara dalam talian menggunakan foto memaparkan wajahnya bagi tujuan publisiti di laman Facebook.

Feeya berkata tindakan pihak berkenaan adalah tidak wajar dan hanya mengambil kesempatan kerana dia tidak menerima bayaran untuk mempromosikan produk jualan mereka.

“Bayar sekali guna gambar orang berkali-kali, senang hidup ambil kesempatan.

“Aku cuma nak cakap aku tak halalkan kau guna gambar aku!,” katanya.

Feeya berang fotonya digunakan untuk promosi produk.

Feeya menulis luahan rasa kurang senang itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa.

Dia turut berkongsi paparan skrin promosi iklan yang dikeluarkan oleh peniaga produk kecantikan iaitu penegang payvd4ra.

Sebelum ini, ramai selebriti turut menerima nasib sama apabila foto mereka digunakan tanpa kebenaran untuk tujuan promosi produk di laman Facebook.

Antara selebriti yang pernah menyuarakan mengenai isu ini ialah Aeril Zafrel dan isteri, Wawa Zainal, pelakon Sherry Ibrahim dan pelawak Shuib.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "“Saya Tak Halal” – Feeya Iskandar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*