Che Ta Ditegvr Tak Pandai Jaga Anak Disebabkan Hal Ini

TEGURAN netizen supaya tidak mengajar anak bermain aplikasi TikTok mengundang rasa kurang senang pelakon Rozita Che Wan.

Ujar Rozita, dia tidak perlu mengajar anak perempuannya Aaisyah Dhia Rhana untuk menggunakan TikTok, sebaliknya perkara itu dipelajari seiring dengan perkembangan semasa.

“Alahai tak payah la diajar TikTok ni,” komen seorang netizen di Instagram Aaisyah.

“Tak payah ajar… budak-budak zaman sekarang semua ceqedik (cerdik),” balas pengendali akaun Instagram Aaisyah yang dipercayai Rozita sendiri berdasarkan gaya bahasanya.

Isu ini bermula apabila Aaisyah, 5, memuat naik video dia sedang menari lagu How You Like That nyanyian kumpulan Kpop terkenal Blackpink.

Teguran seorang netizen di ruangan komen perkongsian itu.

Beberapa netizen turut menyokong tegvran yang diberikan dengan mengatakan ibu bapa perlu lebih bijak dalam membesarkan anak-anak.

“Ya, budak-budak sekarang cerdik, tapi ibu bapa kena lebih cerdik untuk bimbing anak.

“Walaupun budak-budak lagi… walaupun kecil lagi, memang comel. Tapi daripada kecil la kita nak ajar jangan terki1nja-ki1nja macam tu. Anak dah sedia lawa, comel dan cantik belaka… tak buat semua tu pun lagi lawa. Maaf ya, cuma nak kongsi pendapat.

Rozita bersama suaminya, Zain dan anak mereka.

“Dah dapat anak sempurna sifat, salah didik pula. Tak takut ke akibatnya?” komen beberapa netizen.

Rozita, 47, dan Zain, 36, mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah yang kini berusia enam tahun.

Rozita turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 24, dan Aniq Ezzra, 22, hasil perkahwinan pertamanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

How you like that .. #aaisyahdhiarana @blackpink

A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber: MSTAR

 

Be the first to comment on "Che Ta Ditegvr Tak Pandai Jaga Anak Disebabkan Hal Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*