Lukisan Dic0nteng, Reaksi Tunku Azizah Buat Ramai Sebak, ‘Semoga Allah Yg MembaIasnya’

Tidak sampai sebulan, set mural yang memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan beberapa yang lain didapati telah dirosakkan dan diconteng dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Sebelum itu lukisan mural yang dipamerkan di Seksyen U12 Shah Alam itu menjadi tular di media sosial apabila dirasmikan sendiri oleh Al-Mustafa Billah Shah.

Sebaik kejadian itu berlaku, beberapa pemimpin negara tidak mengenal bangsa dan fahaman politik telah mengec4m dan mahu pelaku diambil tindakan segera.

Memetik laporan Harian Metro, lukisan diconteng yang terletak di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 Shah Alam itu dicat semula dengan cat putih oleh kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tengah hari tadi dengan kawalan pihak polis.

Reaksi pelukis

Ramai juga tumpang simpati dengan si pelukis berkenaan berikutan kejadian yang menimpa muralnya itu.Namun, pelukis mural berkenaan, Suhaimi Ali turut meninggalkan pesanan dan ucapan terima kasih buat rakyat Malaysia yang telah menyokong hasil karyanya

” Terima kasih sokong bakat saya…”

Terpaksa dipadam, ramai yang luahkan rasa kecewa.

Sudah tentunya, tindakan MBSA memadam kesemua mural itu telah mengundang rasa sebak orang ramai. Bahkan, masyarakat juga dilihat luah kecewa dengan tindakan individu busuk hati berkenaan.

Sedih! Mural begitu cantik terpaksa dipadam!

Hasil kerja yang bakal dirindui ramai. Terima kasih wahai pelukis. Keringatmu dalam ingatan.

Reaksi Raja Permaisuri Agong

Sementara itu, menerusi sebuah entri di Instagram Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilihat telah memuat naik paparan skrin contengan tersebut.

Tunku Azizah memberi reaksi dengan berkongsi keratan gambar yang diconteng dengan kata-kata kesat termasuk potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ringkas sahaja kata-kata Tunku Azizah dan berharap agar tindakan si pelaku akan mendapat balasan Allah SWT kelak.

” Semoga Allah SWT yang membalasnya,” tulis Permaisuri Agong.

Memahami perasaan Tuanku, rata-rata warganet turut mengec4m tindakan tersebut dan berdoa agar pelaku mendapat balasan setimpal.

” Turut berduka cita atas kelakuan sedemikian rupa. Moga pelaku dapat pembalasan sewajarnya.” tulis Anep

” Astaghfirullahaladzhiim. Sesungguhnya orang yang tak tahu erti bersyukur itu adalah orang yang secara terang menolak rezeki Allah untuknya” komen Aida

” Allahhuakbar..kenapa lah teruk sangat perangai orang-orang yang menconteng dengan perkataan yang kurang elok bahasa nya..elok di tangkap jer orang yang buat mcm ni” tulis Hazelina

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : http://limauais.pw/

 

Be the first to comment on "Lukisan Dic0nteng, Reaksi Tunku Azizah Buat Ramai Sebak, ‘Semoga Allah Yg MembaIasnya’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*