Jejaka Berstatus Hartawan

KUALA LUMPUR: Selagi wanita cantik bernama Erra Fazira, 46, tidak mendirikan rumah tangga, selagi itulah bertebaran kisahnya dikaitkan dengan jejaka termasuklah berstatus hartawan.

Sejurus membuat pengumuman hubungan cinta dengan penyanyi, Shahir Zawawi berakhir, tahun lalu, ramai yang mendambakan untuk mendampingi bintang yang pernah mendapat jolokan Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu.

Terbaharu, ada gosip yang mendakwa pelakon filem Sembilu dan Pasrah itu sedang menjalinkan hubungan dengan ahli korporat berusia 40 tahun, sejak beberapa bulan lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. Termatri kini jodoh saya dgn @faithfleurhq .. Saya yakin dgn produk hair care dari @faithfleurhq dan saya pasti, buat yang pertama kali cuba, akan jatuh cinta dgn product @faithfleurhq !! 💕💕💕 . . Alhamdulillahhhhh.. . Selesai sudah majlis sidang akhbar. Terima kasih rakan2 media yg sudi hadir.. stokis dan agent2 juga semua yang menjayakan PC ini.. . . Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pengasas @faithfleurhq Puan @ctymary dan suami Encik @sir_halim tak lupa juga kepada pihak agency, Unlimited Dreams Sdn Bhd, Encik @nk_anuar dan team.. . . . @faithfleurhq . @faithfleurhq . @faithfleurhq . . . 👗 by @rizmanruzaini . 💄 by @makeupbydeqsha

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

Cerita Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek dikaitkan dengan lelaki berpangkat dan berstatus hartawan bukan cerita baharu, sejak zaman bujang lagi. Bagaimanapun, wanita kelahiran Sungai Choh, Rawang itu hanya tenang sahaja, tidak sedikitpun melenting dengan gosip yang bertebaran.

“Saya terkejut dengan gosip ini. Jenuh saya memikirkannya. Adakah, saya pernah dilihat rapat dengan mana-mana ahli korporat, rasanya tiada.

“Jadi, ini adalah salah faham. Saya akui, berjumpa dengan pelbagai lapisan masyarakat termasuk ahli perniagaan, tetapi tidaklah sampai menjalinkan hubungan yang istimewa. Siapa yang mengenali saya, mereka tahu saya baik dengan semua orang. Tetapi untuk menjalinkan hubungan istimewa, berani saya katakan, tidak!

“Tak tahulah jika berkenalan dan ‘tersuka’ dengan ahli korporat, suatu hari nanti. Tetapi, saya mahu menegaskan, buat masa ini, saya tiada sesiapa,” katanya kepada BH Online.

Erra berkata, dia sering diajukan persoalan jodoh sejak zaman mula menceburi dunia lakonan lagi.

“Ada kala, saya tertanya kenapa cinta dan jodoh yang sering menjadi fokus serta bualan. Tetapi, saya anggap ini sebagai asam garam dalam kehidupan anak seni.

“Selain kerjaya, soal peribadi sering menjadi tumpuan. Awalnya, saya agak rimas, tetapi kini, Alhamdulillah seiring pengalaman ia mematangkan fikiran.

“Saya melihatnya daripada sudut positif. Apabila disayangi, mereka ingin mengambil tahu dan melihat saya bahagia. Saya bersyukur peminat sering mendoakan saya bertemu dengan jodoh yang terbaik. Tolak tepi ‘haters’ kerana mungkin mereka akan tetap mencari sisi negatif, meskipun ada positif di dalamnya,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terima kasih @rizmanruzaini .. tidak pernah menghampakan.. Creation yg sentiasa WIOW.. . @makeupbydeqsha . Pics by @blackpepperproduction . . @Konsertromantikaawie

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

Bagaimanapun, penyanyi lagu Yang Terindah Hanyalah Sementara itu berkata, ada masanya terbit di hati, cepatlah bertemu jodoh supaya tidak menjadi buah mulut dan fitn6h manusia.

“Namun, ia tetap berbalik soal jodoh dan takdir. Jodoh rahsia Allah. Saya hanya mampu menjalani hidup seperti biasa, selebihnya biarlah Allah yang tentukan. Apabila yakin jodoh itu milik Allah, saya berjaya atasi apa juga dugaan dugaan hidup dengan lebih tenang.

“Saya tak suka serabut kepala. Saya nak hidup dalam suasana positif, tenang dan damai. Seandainya, dugaan datang tanpa ada pilihan, saya hadapi dan kemudiannya, meneruskan kehidupan seperti biasa. Saya percaya setiap musibah atau dugaan, pasti ada hikmah yang tersembunyi.

 

“Saya sering ingatkan diri, bahagia tidak sentiasa ada, sedih pun tak selamanya bersama. Suka dan duka bersifat sementara. Justeru, lalui hidup dengan tenang dan bersyukur dengan apa yang Allah pinjamkan,” katanya.

Erra berkata, pintu hati tidak pernah tertutup untuk bercinta dan berkahwin lagi.

“Jika ada jodoh yang sesuai, saya bersyukur. Tak pernah saya menutup pintu hati dengan sesiapa. Soal hati pula tidak boleh dihalang, cuma pengalaman silam membuatkan saya lebih berhati-hati. Jujurnya, saya susah nak percaya dan menerima seseorang dengan begitu mudah.

“Jika ada seru mahu berkahwin pun, jujurnya nak ke arah itu membuat saya fikir banyak kali. Kalau ada calon pun, tak mudah untuk saya cakap ‘ya’. Saya kena pastikan keputusan dibuat tidak sia-sia,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : BH

 

Be the first to comment on "Jejaka Berstatus Hartawan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*