Pernah Jadi Kekasih Sajat, Coach Yin Akhirnya Pilih Wanita Sebenar

Sebelum ini Coach Yin menjadi perhatian ramai kerana pernah menjadi teman rapat dan juga kekasih usahawan kosmetik, Nur Sajat. Bagaimanapun, hubungan dikatakan mereka sudah pun berakhir sekitar Januari lalu.

Namun, baru-baru ini perkongsian terbaru Coach Yin hangat diperkatakan apabila jejaka berbadan sado memuat naik video memaparkan dirinya menghadiahkan sebuah jam tangan berjenama buat seorang wanita dipercayai kekasih hatinya.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Coach Yin turut meluahkan rasa cinta buat wanita itu berserta tanda palang #future #wife, seolah memberi bayangan wanita itu merupakan bakal isterinya.

Diruangan komen, rata-rata netizen gembira dengan perkhabaran itu dan mengucapkan tahniah buat Coach Yin serta mendoakan agar usahawan itu mendirikan rumah tangga.

Dalam pada itu, netizen turut meluahkan rasa syukur apabila akhirnya Coach Yin memilih wanita sebenar. Malah, netizen memuji kecantikan kekasih hatinya itu.

Difahamkan, Sajat kini sedang menikmati fasa bahagia bersama kekasih barunya yang kacak yang merupakan seorang model dari Lubnan dikenali sebagai Jadooss. Sajat juga terbuka berkongsikan momen bahagianya bersama kekasih di media sosial.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : Rotikaya

 

Be the first to comment on "Pernah Jadi Kekasih Sajat, Coach Yin Akhirnya Pilih Wanita Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*