Tarikh rasmi pembayaran BSH dan Tambahan RM120

MALAYSIA: Sebelum ini Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan bahawa pembayaran Bantuan Sara Hidup fasa 3 akan mula dibayar pada bulan Julai 2020 ini. Jadi berikut adalah tarikh rasmi pembayaran Bantuan Sara Hidup Fasa ke-3.

Tarikh

Pembayaran duit bantuan sara hidup fasa ketiga akan bermula pada Jumaat ini atau 24 Julai 2020. Ini berdasarkan kepada laporan akhbar Harian Metro.

Kementerian Kewangan dalam pengumuman mereka memaklumkan bahawa pembayaran Bantuan sara hidup akan dibuat berdasarkan kepada beberapa kategori seperti berikut.

Kategori yang merangkumi bilangan anak tanggungan penerima dan nilai baki penerima Bantuan sara hidup 2020.

Pembayaran ini membabitkan peruntukan kerajaan sebanyak RM3 billion yang mana akan diterima oleh hampir 4.28 juta orang yang merangkumi sebanyak 3.75 juta isi rumah dan 0.53 juta individu yang dikategorikan bujang berusia 40 tahun ke 59 tahun.

Bagi makluman anda semua, penerima manfaat kategori isi rumah akan menerima sebanyak RM120 bagi setiap seorang anak berusia bawah 18 tahun dengan maksimum jumlah anak 4 orang anak.

Berikut kami berikan contoh agar mudah difahami oleh anda semua: “Sekiranya encik Ali mempunyai pendapatan di bawah RM2000 dan ada 4 orang anak, maka beliau akan layak menerima RM1580 merangkumi pembayaran sebanyak RM300 pada fasa pertama (Januari) RM200 pada fasa kedua (Mac) dan RM1080 pada fasa ketiga (Julai).

Bantuan BSH ini adalah lebih tersasar kerana ia turut mengambil kira bilangan anak yang layak dalam setiap keluar. – Kata Menteri Kewangan Malaysia.

Oleh disebabkan itu, pembayaran akan dibuat terus ke dalam akaun bank penerima yang telah didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum itu.

Manakala bagi menerima yang layak tidak mempunyai akaun bank, pihak Kementerian Kewangan dan LHDN akan membuat pembayaran secara tunai di cawangan bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember ini.

Kepada mereka yang layak tetapi tidak menerima pembayaran Bantuan Sara Hidup pada fasa 1 dan 2 mereka ini akan dapat duit sekaligus dalam pembayaran fasa ketiga mengikut nilai kelayakan mereka.

Manakala permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 akan mula dibuka pada 7 ogos sehingga 6 September depan. Jadi kepada mereka yang gagal pada permohonan sebelum ini masih diberi ruang dan peluang untuk mengemukakan permohonan rayuan beserta dokumen yang berkaitan bagi disemak semula oleh Lembaga Hasil dalam Negeri.

Mereka boleh membuat permohonan secara dalam talian di portal Bantuan Sara Hidup ; https://bsh.hasil.gov.my atau permohonan langsung ke cawangan LHDN, pusat khidmat hasil atau UTC.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : 

 

Be the first to comment on "Tarikh rasmi pembayaran BSH dan Tambahan RM120"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*