Bersyukur Dengan Covld-19? Judika Munt4h Dar4h Setiap Pagi

Bukan di Indonesia saja, penyanyi Judika mempunyai peminat yang ramai di Malaysia juga. Tetapi siapa sangka, ketika dia dikelilingi peminat yang menyanjungi bakatnya, dia sebenarnya mengalami masalah kesihatan. Beberapa waktu yang lalu, Judika mengalami masalah pada pita suara yang membuatnya keluar dar4h setiap pagi.

Selama ini, Judika tidak gentar kerana dia hanya mendengar cerita dari rakan-rakannya yang menghadapi masalah itu. Sehingga akhirnya dia mengalami kejadian itu sendiri.

Dia mengalami peristiwa ini kerana keletihan dan terus memaksa dirinya menyanyi. Lebih-lebih lagi, dia memang dikenal dengan penyanyi bersuara serak. Judika sebenarnya memahami bahawa masalah itu tidak akan berlaku sekiranya dia cukup berehat.

“Sebenarnya, saya tidak ada rasa takut, sebab saya belum mengalaminya, saya tidak takut. Tapi mungkin saya tak berhenti menyanyi Dan tak cukup rehat, lagi lagi buat persembahan majlis perkahwinan selama beberapa jam, kemudian menyanyi di cafe. Jam 2 pagi baru tidur kemudian jam 4 pagi, bergerak lagi ke kota lain”- kata Judika dalam saluran YouTube Daniel Mananta Network 

Oleh hal demikian, Judika berdoa pada Tuhan dan memohon supaya dia diberikan kesempatan untuk berehat. Permintaan itu pun dijawab Tuhan dengan adanya Covi1d-19. Di mana, dia boleh berehat secukupnya, karena dia tidak mendapat tawaran bekerja atau menyanyi yang harus dilakukannya untuk sementara waktu.

“Jadi saya sangat bersyukur kerana dapat berehat dalam beberapa bulan. Bayangkan, sebelum ini saya pernah terbangun dari tidur dengan darah kental yang keluar dari mulut” ungkap Judika.

Judika sebenarnya enggan berjumpa doktor. Kerana dia tahu, doktor mesti menasihatinya agar berhenti menyanyi buat sementara waktu. Oleh itu, dia lebih suka mengatur masa rehatnya sendiri. Syukurlah, pita suara beliau kini mula bertambah baik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : murai.my

 

Be the first to comment on "Bersyukur Dengan Covld-19? Judika Munt4h Dar4h Setiap Pagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*