“Saya Memang Pilih”- Nama Anak Jamal Abdillah Dipertikai

Datuk Jamal Abdillah,61 dah berkongsi nama anaknya yang bakal dihairkan tak lama lagi sebagai El Isaac Yamani.

“Saya memang pilih ejaan, Isaac itu tetapi sebutan Melayunya ialah Ishak sempena nama nabi. Pun begitu, banyak juga pendapat dilontarkan kepada saya.

“Apabila saya pilih nama El Isaac ini, ada yang kata El itu dari perkataan Yahudi, manakala Isaac (Ishak) dari Kristian.

“Kenapa saya pilih nama itu,  kerana panggilan hari-hari nanti adalah ‘Zack’ sempena watak pernah saya lakonkan dalam filem Azura,” katanya kepada Harian Metro.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Jamal Abdillah (@jamalabdillahofficial) on

Bagaimanapun ada pula yang mempertikaikan pemilihan nama tersebut.

“Sebutannya sahaja yang lain.  Macam Isaac, nama ini ramai yang sedia maklum sebenarnya untuk Nabi Ishak, tapi orang barat sebut sebagai Isaac. Begitu juga dengan nama lain seperti Daud yang jadi David, Yusuf (Joseph), Mariam (Merry) dan banyak lagi.

“Apa yang pasti, niat sebenar saya untuk pilih nama Nabi Ishak ini biarlah hanya Allah yang tahu. Tak perlu saya perjelaskan panjang lebar.

“Tujuan utama saya ialah nak cari nama yang sesuai dengan panggilan Zack. Malah, saya dapati nama Isaac itu lebih dekat dan kena dengan panggilan Zack,” tambahnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Jamal Abdillah (@jamalabdillahofficial) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Jamal Abdillah (@jamalabdillahofficial) on

Sekarang usia kandungan isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, sudah mencecah 6 bulan.

Sebelum ini mereka sudah dikurniakan anak perempuan, Nur Azura Yamani yang lahir pada 10 Oktober tahun lepas.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : ForumCari

 

Be the first to comment on "“Saya Memang Pilih”- Nama Anak Jamal Abdillah Dipertikai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*