“Telefon retak pun masih..” – Teman lelaki dedah perangai sebenar Alya Iman

SUSULAN kontr0versi Alya Iman ditudvh ‘gold di1gger’ dan peramp4s suami orang, teman lelakinya Ridhwan Rosli tampil mempertahankan pelakon dan model muslimah itu.

Tidak setuju dengan tuduhan kesat yang dilemparkan netizen, Ridhwan ketika dihubungi mStar menyifatkan Alya seorang gadis yang sentiasa bersederhana dalam kehidupan seharian.

“Bukan, dia bukan seorang gold di1gger. Dia seorang yang sangat sederhana.

“Skrin telefon dia retak pun dia masih guna. Kedua-dua telefon bimbit dia retak sebenarnya tapi dia masih gunakannya. Model telefon tu pun bukan model terkini.

Alya mula berkecimpung dalam industri lakonan sejak 2018.

“Tapi, sudah semestinya di media sosial, dia perlu tunjukkan perkara yang baik-baik dan cantik-cantik,” katanya.

Menurut Ridhwan, dia mengenali Alya selepas pelakon itu mula bekerja di sebuah syarikat swasta pada Jun lalu.

Kata Rosli, dia tidak nampak teman wanitanya itu seorang yang menggunakan lelaki untuk kemewahan hidup sebaliknya bekerja demi menampung kehidupannya sendiri.

“Kami mula berkawan rapat sejak dia bekerja di sini pada Jun lalu.

 

Kami berdua pernah ada pengalaman buruk dalam hubungan cinta.

RIDHWAN ROSLI

TEMAN LELAKI ALYA IMAN

“Dia bekerja di sini untuk menampung dirinya,” ujarnya.

Ridhwan dan bekas isterinya berpisah secara rasmi pada 8 Oktober 2019 selepas enam tahun perkahwinan.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raina, 5, dan Rafael yang kini berusia tiga tahun.

Ridhwan berkata dia dan Alya belum merancang untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya.

Alya merupakan anak bongsu kepada Allahyarham pelakon Azmil Mustapha.

Katanya, dia tidak mahu terbvru-bvru memandangkan mereka berdua pernah melalui masa silam dengan hubungan masing-masing.

Bagaimanapun, Ridhwan mengakui dua anak-anaknya rapat dan menerima Alya dengan baik.

“Bab kahwin tu, kami tak mahu terburu-buru. Anak-anak saya sayangkan dia, itu yang penting. InsyaAllah kalau ada jodoh, tak ke mana.

“Lagipun, kami berdua pernah ada pengalaman buruk dalam hubungan cinta,” jelasnya.

Alya sebelum ini pernah ditudvh sebagai peramp4s suami orang dan ‘gold d1igger’.

Sebelum ini, nama Alya hangat diperkatakan selepas seorang wanita dikenali sebagai Penny mendakwa suaminya menjalinkan hubungan dengan pelakon itu sejak tahun lalu.

Bukan setakat itu, seorang lagi individu yang mengaku sebagai bekas kekasih Alya mendakwa berhabis sebanyak RM2.3 juta untuk perbelanjaan peribadi pelakon berkenaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "“Telefon retak pun masih..” – Teman lelaki dedah perangai sebenar Alya Iman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*