Klust3r Najib Undang Kem4rahan Netizen, Michael Ang & Hans Isaac Buka Mulut

Hari ini media sosial dibanjiri luahan kebimbangan netizen terhadap ratusan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di luar mahkamah. Difahamkan mereka berhimpun tanpa menjaga jarak sosial dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang Covid-19.

Bukan sahaja netizen, di kalangan selebriti juga meluahkan rasa marah dan bimbang jika perhimpunan ini boleh menyebabkan kluster baru Covid-19.

Michael Ang Luah Rasa Kesal

Pengarah, Michael Ang, di instagramnya berkata, kerajaan dan pihak polis seharusnya lebih awal bertindak dan memberitahu kepada orang awam supaya tidak berkumpul di luar mahkamah.

“Sejujur nya aku dah tak ambil peduli pasal kes Pak Najib ni. Duit pun dah lesap, masuk Atau tak jail pun mcm ada aku kesah. Tapi apa yang aku kisah gambar-gambar ni. Kita masih facing covid, gov dah Cakap kalau kes naik MCO akan ada balik. Govt n polis pun satu dah tahu mesti banyak org akan muncul sepatutnya awal awal dah buat peraturan yang orang awam tak boleh berada kat mahkamah dan berhimpun macam ni! Apooooo la!!!! Kalau cluster baru muncul menyusahkan kita orang jugak! mana otak semua orang ni!- tulisnya di Instagram

Hans Isaac Bimbang Lockdown Kali Ke-2

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🤦‍♂️ i do hope they are all safe. Malaysia can’t afford to go through another lockdown due to a covid-19 2nd wave . Let’s be safe Malaysia .

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on

Sementara itu, Penerbit dan Pengarah, Datuk Hans Isaac juga turut meluahkan kerisauan  dan berharap Malaysia tidak lagi lockdown buat kali kedua.

“Saya harap mereka semua selamat. Malaysia tidak sanggup lagi berdepan dengan PKP buat kali kedua kerana gelombang COVID19. Mari kita selamatkan Malaysia”- tulis Hans di Instagramnya

Menurut tinjauan kami di twitter, rata-rata netizen menggunakan tanda pagar #klusternajib berikutan rasa bimbang akan wujudnya kluster Najib atau kluster Bossku  gara-gara gambar penyokong Najib yang tular berhimpun tanpa mempedulikan langkah-langkah kawalan penularan Covid-19.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : murai.my

 

Be the first to comment on "Klust3r Najib Undang Kem4rahan Netizen, Michael Ang & Hans Isaac Buka Mulut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*