Ayahanda Saudara Sultan Terengganu Mangkat. Ini Luahan Penyanyi Anis Suraya

 

Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah mangkat di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur jam 10.15 pagi tadi.

Allahyarham adalah ayahanda saudara Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan juga bapa kepada penyanyi Anis Suraya dan Shawn Baharin

Khabar duka itu diumumkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Terengganu, Hadi Hassan dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Menerusi kenyataan rasmi, Setiausaha Sulit kepada Sultan Mizan Zainal Abidin, Hadi Hassan berkata Almarhum Tengku Sulaiman mangkat kira-kira 10.15 pagi di Gleaneagles Hospital, Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan itu, jnazah Tengku Sri Laksamana Raja dibawa pulang dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu jam 4 petang dengan pesawat khas Tentera Udara Diraja (TUDM) dan dijangka tiba jam 5 petang.

Katanya, jnazah kemudiannya akan dibawa ke Balai Islam dan Istana Maziah bagi penghormatan terakhir manakala istiadat pemakaman Allahyarham dijangka dilakukan di Makam Diraja Masjid Abidin.

Terdahulu, anakanda Allahyarham, Tengku Ani Soraya Tengku Sulaiman, 40, atau lebih dikenali sebagai Anis Suraya berkongsi berita kemangkatan Allahyarham menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.

Jnazah diterbangkan dari Kuala Lumpur pada jam 4 petang dengan pesawat khas ke Kuala Terengganu.

” Dengan berat hati, dukacitanya dimaklumkan ayahanda saya, Tengku Sri Laksamana Raja telah mangkat di Hospital Gleneagles, jam 10.15 pagi tadi.

” Jnazah akan diterbangkan ke Terengganu jam 4 petang dan dianggarkan disolat dan dimakamkan selepas maghrib di Masjid Abidin, Kuala Terengganu,” katanya.

Dalam perkongsian itu, Anis Suraya turut meminta orang ramai supaya turut sama mendoakan kesejahteraan ayahandanya.

” Mohon sedekahkan Al-Fatihah dan sama-sama doakan supaya Almarhum ayahanda ditempatkan bersama orang-orang yang beramal soleh,” katanya

Penghormatan terakhir dan istiadat pemakaman dijadualkan bermula jam 7 malam ini dengan keberangkatan Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah serta kerabat terdekat di Balai Islam, di sini.

Selepas itu, jnazah akan disembahyangkan serta dibawa ke Makam Diraja Masjid Abidin.

Perkongsian oleh Anis Suraya di Instagram turut mendapat ucapan takziah dari rakan artis dan peminat yang mengenalinya.

” Salam Takziah buat Anis Suraya dan keluarga” tulis penyanyi Syafiq Farhain

” Salam takziah buat Tg. Anis & family. Smpai kan salam Mak akak pd Bonda Tg. Rindu dia nk jmpa kawan lama..” tulis Emma

” Salam takziah atas pemergian ayahanda kak Anis Suraya . Semoga Allahyarham ayahanda kak bersama dgn org2 beriman” tulis Zharif

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : http://limauais.pw/

 

Be the first to comment on "Ayahanda Saudara Sultan Terengganu Mangkat. Ini Luahan Penyanyi Anis Suraya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*